hit counter dreamweaver

Tuesday, August 17, 2010

CINTA


Aku manusia lemah ,selalu terjatuh .
Berbeda aku darimu ,kau berdiri teguh .
Aku serba tiada ,aku kekurangan .
Dan bila kau tiba aku hilang dari kewujudan .

Sempurnanya sifat ,telusnya hatimu .
Jujurnya niatmu ,tingginya kesabaranmu .
Lepaskan diriku kerna ,
Aku tak mampu tuk menanggung sebuah cinta sempurna darimu .

Bukan aku tak pernah mengerti dirimu .
Aku sanjung setiap kata cinta kau berikan aku .
Hilangkan rasa itu ,Akhirkankan semua .
Dan bila kau sedar ,Aku hilang dari kewujudan .

Sempurnanya sifat ,telusnya hatimu .
Jujurnya niatmu ,tingginya kesabaranmu .
Lepaskan diriku kerna aku ,
tak mampu tuk menanggung sebuah cinta sempurna darimu .

Monday, August 9, 2010

RM2.50 SEMINGGU




Gua tak sabar-sabar nak juga tau apa nasib Dewa Durjana, bapa kepada Harimau Hitam. Itu hari dia lawan dengan Ratu Seribu Tahun tak setel-setel lagi. Ada pulak campur tangan dari pihak Tebuan Kuning dan Biawak Hijau. Dengar kata Naga Merah dah nak berbaik-baik dengan Harimau Hitam selepas pertarungannya dengan Terminator 2 berkeputusankan seri akibat dari campur tangan Presiden Willian Gates. Walaupun terpaksa menggunakan hikmat loceng emas badan titanium peringkat tertinggi, kuasa ais angkasa Presiden lebih jauh sekali mendahului. Reyer gua syak bakal jadi pak sanggup pada anak dalam kandungan Phoenix. Kuasa bebola uraniumnya juga sudah semakin menginjak lebih padu. Ada khabar angin gua dengar Raja Angkasa bakal datang ke bumi bagi menawan seluruh penduduknya. Apa nasib Istana Tergantung dan juga Pulau Infiniti. Apa pulak respon dari Encik Otot, Pelawak Tulang, Jarum Gila dan awek cun bernama Dara Angkasa.


- 02 April 1998

MANUSIA

Atap, dari daun rumbia, Ia tetap bumbung.
Lantai, biarpun dari marmar berkilau pasti dipijak.
Tangga tetap pada nama naik dan turun dari muka.
Dinding, biar dari kertas, tetap menjaga maruah dan susila.
Jendela, pasti terlewat segala anasir pada rasa.

Inilah sebuah pada kita.