hit counter dreamweaver

Sunday, October 31, 2010

Entidot untuk tiub estachio ku

1.joy division-love will tear us apart
2.the verve-sonnet
3.stone roses-made of stone
4.arctic monkeys-fluorescent adolescent
5.radiohead-no suprises
6.the beatles-real love
7.lynyrd skynyrd-free bird
8.the strokes-evening sun
9.pink floyd-darkside of the moon
10.silverchair-miss u love

Saturday, October 30, 2010

10 keanehan di Malaysia tapi tidak di negara lain

1) membaca di tempat awam adalah poyo
2) kartun adalah untuk budak-budak tak cukup umur
3) melepak mamak sampai lewat pagi adalah benda yang cool
4) hisap rokok amalan mulia
5) taksub dengan kerja cepat kaya
6) bawa kereta tangan kena hulur keluar
7) mencarut dalam bahasa Inggeris adalah sangat profesional
8) keluar dating wajib ke panggung wayang
9) konsert free (jom heboh)
10)akademi fantasia

Friday, October 29, 2010

Boleh tak lu datang tempeleng budak-budak sekarang terutamanya yang di Malaysia?

Tak boleh, lu dah mati.



Lu pun dah mati gak.




Gua tau lu takkan datang Malaysia.



p/s : Woi KC! Woi SV! Apasal lu mati awal sangat?

Thursday, October 28, 2010

Americunt, kadang-kadang kau patut belajar juga.






Selepas kehampehan Dragon Ball Evolution dan juga kecelakaan Astro Boy, aku ada dengar-dengar percubaan orang putih nak bikin filem laiv eksyen Bleach. Naruto juga mungkin dalam perangkaan. Terus rasa nak terberak tak semena-mena. Aku dapat bayang macam mana kejinya Kurosaki Ichigo dan Uzumaki Naruto bermuka mat saleh ( kedua-dua mereka blonde )


Cukup la dengan kegagalan filem-filem adaptasi komik mereka sendiri. Tak perlu la nak rosakkan pula komik jepun. Daredevil, the Flash, Superman, Hulk, Spawn, Xmen, Watchmen, Punisher, adalah contoh terbaik kegagalan otak mereka-mereka ini untuk memvisualkan keindahan sesebuah komik. Mungkin sedikit kredit untuk laiv eksyen Batman, Spiderman, dan Ironman. Tu pun aku tengok Batman kian lama kian mengarut. Sut dah macam pasukan biohazard. Gua hanya dapat terima adaptasi The Crow.


Mereka mungkin pandai melukis tapi belum tahu cara menghasilkan laiv eksyen. Mereka patut tunduk dan belajar dengan orang Jepun. Keaslian sesuatu karekter, jalan cerita, dan disamping mengekalkan mood yang sama seperti ketika membaca adalah sangat penting dan perlu dititikberatkan. Ini belum masuk laiv eksyen dari permainan video lagi. Tengok saja la filem Street Fighter. Macam kerja budak tadika Kemas.


Walaumacammanagampangsekalipun orang putih buat filem hero, Cicak Man masih kekal berada di tangga paling bawah..




p/s : gua berani komfem Yusry KRU tak kenal Neon Genesis Evengelion atau paling koman Detroit Metal City. Shinosuke Nohara mungkin.

Wednesday, October 27, 2010

Kau nak kena tukar jadi biskut ke?

Ptuih bunyi aku ludah cuwing gam berperisa stroberi yang berjaya dipau kat sorang budak indie tadi. Rasa macam celaka. Nasib aku belum kunyah sampai lunyai. Aku syak budak tadi ada jampi-jampi cuwing gam ni akibat kecewa yang amat sangat kerana dipau secara bersahaja oleh aku. Cuwing gam tu terjelapuk terduduk atas rumput. Diam seribu bahasa. Tak berani nak angkat kepala. Takda fight langsung. Jenis skema. Aku tenung tajam cuwing gam warna merah jambu tadi. Ada sesuatu pada benda tu yang mengingatkan aku pada seorang member lama.




The late Majin Boo



p/s : Res in pis ya. Gua tau lu tengah senyum sorang-sorang sekarang.

Tuesday, October 26, 2010

Pintu tak berkunci itu terkunci

Pada satu hari


Aku cuba buka pintu itu..
..tapi berkunci.
Aku tarik kasar dengan harapan pintu itu terbuka..
..tapi tenagaku tak cukup.
Aku cari kunci pintu itu..
..tapi kunci itu ada pada orang lain.



Pada satu hari yang lain..


Aku cuba buka pintu itu..
..tak berkunci.
Aku tolak lembut-lembut dengan harapan tak berbunyi..
..tenagaku cukup.
Aku cari kunci pintu itu..
..ada di lubang kunci.


Aku cuba tutup pintu itu..
..tapi tersekat.
Aku tolak kasar dengan harapan pintu itu tertutup..
..tapi tenagaku tak cukup.
Aku cari kunci pintu itu..
..tapi kunci pintu itu dah patah.

Monday, October 25, 2010

Aku begini dan bukan begitu

Aku suka kerana aku gembira bukan kerana aku mahu

Aku gembira kerana aku tersenyum bukan kerana aku tertawa

Aku tersenyum kerana aku marah bukan kerana aku bahagia

Aku marah kerana aku bertanya bukan kerana aku menjawab

Aku bertanya kerana aku risau bukan kerana aku mahu tahu

Aku risau kerana aku mengambil berat bukan kerana aku menyibuk

Aku mengambil berat kerana aku mahu yang terbaik bukan kerana aku bebal

Aku mahu yang terbaik kerana aku menyanjungi bukan kerana aku tak baik

Aku menyanjungi kerana aku mengagumi bukan kerana aku mendukung

Aku mengagumi kerana aku terpesona bukan kerana aku terpana

Aku terpesona kerana aku terdiam bukan kerana aku terpejam

Aku terdiam kerana aku cemburu bukan kerana aku bisu

Aku cemburu kerana aku sayang bukan kerana aku dengki

Aku sayang kerana aku cinta bukan kerana aku suka

Sunday, October 24, 2010

Apakah persamaan mereka-mereka ini?

Seorang pakcik berbaju kolar dalam lingkungan 50an sedang membetulkan rantai basikal tuanya manakala anaknya sedang makan ais krim..

Seorang peniaga kedai sedang memarahi seorang pelanggannya yang didapati ingin mencuri barang sambil ditenangkan orang ramai..

Seorang orang gila yang sedang berbaring di tengah jalan membaca surat khabar cina dan akan mencaruti setiap kenderaan yang menghonnya..

Seorang siswi sebuah IPT di selatan tanah air telah kesejukan akibat penghawa dingin bas dan sampai awal pagi ke kampungnya..

Seekor kucing yang melintas jalan tidak mahu pandang kiri kanan kiri telah selamat menghembuskan nafasnya yang terakhir di tempat kejadian..

Seorang pemuda telah bermesra dengan teman wanitanya yang gemuk di depan khalayak ramai sambil membuat muka kacak..

Seorang kakak yang telah berpuasa sunat seharian telah memberikan adiknya rm3 untuk makan malam..

Seorang pekerja pawagam swasta telah dikerah tenaganya untuk bekeja lebih masa melebihi norma-norma seorang manusia normal..

Seorang sXe telah menepikan prinsip hidupnya lalu kembali menghisap marlboro dan juga memesan nasi goreng ayam.

Seorang hantu telah menjasadkan dirinya pada webcam seorang penggila lensa yang baru mendapat cahaya mata..

Seorang pemuda telah menunggu kawannya selama 1 jam 30 minit lalu menghasilkan kerut-kerut di dahi disamping senyuman yang berat ke bawah..


Kesemua situasi ini berlaku dalam masa 24 jam

Thursday, October 21, 2010

Pertarungan di pagi hari

Tezzzttt..tiu..tiu..Tezzzttt!!!

Mata aku terbuka sepet sebelah apabila telefon bimbit berpenggera aku berbunyi nyaring bercampur keji.sengaja aku setkan nada tu bagi cukup berkuasa mengejutkan aku pagi-pagi.awal lagi kot ni,sempat lagi nak mimpi apa yang tak sempat tadi.aku menekan pilihan snuz dan menutup kembali mata aku sambil tersenyum…

Tezzzttt..tiu..tiu..Tezzzttt!!!

Telefon bimbit berpenggera aku berbunyi kembali selepas 9 minit.kali ni tekanan aku lebih tertekan berbanding yang awal tadi.aku tekan lagi snuz dan menutup kembali mata sambil tidak tersenyum…

Tezzzttt..tiu..tiu..Tezzzttt!!!

9 minit kemudian sekali lagi kedengaran bunyian yang kian menyampahkan.tapi kali ni aku melawan,tak nak buka mata.aku nekadkan tekad aku sebulat pembentung.biar aku tak ditewaskan oleh mesin komunikasi ni.aku kuatkan kekuda dan buka langkah bunga silat..

Tezzzttt..tiu..tiu..Tezzzttt!!!

Dia melawan lagi.semakin kuat bunyi yang kedengaran.kali ni kedengaran lebih garang dan bengis.dia menyerang padu ke telinga aku.aku tepis dengan bantal,dia serang melalui bawah.aku tarik selimut buat hadang.dia serang ikut belakang,aku bagi back kick kat tulang sepultura dia.dia serang pula melalui atas,aku dengan selamba buat tandukan ala-ala bison.dia tak reti menyerah kalah,dia mula main kotor.bersiul panggil keluar geng.aku tenang menghadapi dan hanya tinggal hikmat terakhir aku yang mungkin dapat menghapuskan makhluk ni.aku kumpul cakra ke tangan aku dan keluarkan cahaya api dari tapak tangan.habis semua mayat-mayat bunyi tadi berkecai.aku tersenyum riak.baru dia tahu siapa yang berkuasa disini.aku menutup kembali mata sambil tersengih...

Jam 12:27 tengah hari..

Bodoh betul la henfon ni.semalam sebelum tidur gua dah set alarm pukul 8 kot..

Monday, October 18, 2010

Filem cinta saya



Aku baru selesai menonton filem ni buat kali yang ke-63. Masih tetap yang terbaik dan tetap yang teromantis pada kelasnya. Bagi aku, tiada filem lagi yang dapat menggugat dia punya krebiliti dan kreativiti. Baling jauh-jauh filem bodoh Titanik, filem cirit Twailaik, filem sampah Haiskul Muzikal, apatah lagi filem bengong Sembilu.

Selain rekacipta karekter Edward yang gelap, jalan cerita dan idea, setiap dialog di dalam filem ni meninggalkan kesan yang parah kepada aku. Sampai sekarang aku masih ingat semua dialog-dialog ni. Walaupun tiada lambakan adegan cumbuan, pelukan, asmaraan, elemen-elemen keindahan di dalam sesebuah percintaan itu tetap sampai pada aku. Cilakak punya Razak Mohaideen Tim Burton. Mana lu dapat idea buat cerita cenggini punya dasyat?

Kepada pasangan-pasangan yang sedang bercinta, bakal bercinta, telah bercinta, moral dari filem ini adalah, kata-kata dan perbuatan yang romantis bukanlah penjamin sesebuah hubungan yang bahagia. Edward tidak mengucapkan langsung perkataan ‘love’ dalam filem ini walaupun pada hakikatnya dia sangat mencintai kekasihnya. Apa yang lebih penting, cuba dalami hati masing-masing, fahami setiap isi tersirat di sebalik kata-kata dan tindak-tanduk pasangan anda. Seperti kesemua perilaku dan kata-kata Edward kepada buah hati pengarang jantungnya, Kim Boggs. Dan berfikirlah secara bijak kenapa mereka tidak bersama pada akhir cerita walaupun masing-masing saling cinta mencintai.


I am not 'COMPLETE'



Sebahagian dialog-dialog yang sempat gua ingat..

Sunday, October 17, 2010

Negaraku yang steady

Alasan tiada rambut : mee maggi
Alasan kerana terlambat : traffic jam

Kondom : tidak ada. Orang Malaysia kebanyakan masih merasa malu membeli kondom. jadi mereka bergegas ke 7-11, terburu-buru mencapai pakej yang terdekat dan pakej apapun lalu membayar dan berambus sebelum jurujual sempat berkelip mata dan kemudian menyedari bahawa mereka tersalah ambil kacang bukan kondom.

Buah untuk menggalakkan menstruasi : nenas dan timun

Sakit untuk mendapatkan mc (lelaki): sakit perut

Sakit untuk mendapatkan mc (perempuan): datang haid

Alasan yang disediakan oleh wanita saat menolak seks : sakit kepala, anak-anak belum tidur, ibu mertua belum tidur, mekap terlupa tanggal, belum mandi, mahu menonton Desperate Housewives..

Alasan yang disediakan oleh lelaki saat menolak seks : tidak ada! Lelaki Malaysia tidak pernah menolak seks.

Ubat untuk sakit kepala: Panadol. Jika gagal, Tiger Balm.

Ubat untuk jalan-jalan : minyak angin cap kapak.

Waktu kerja: 10:30 pagi - 10:35 pagi, 3:00 petang - 5:00 petang (pergi lihat pejabat kerajaan untuk melihat sendiri kesahihannya)

Tempat pembuangan sampah : di mana-mana, asalkan itu bukan rumah anda.

Kesalahan sebutan perkataan negara luar : Carrefour disebut ‘care-four’ / Peugeot disebut ‘pi jot’ / Milo disebut 'mi-lo'.

Hari kegemaran : hari cuti dan hari gaji

Sukan : Dota, skodeng orang beromen, tikam nombor, cari karekter Ragnarok level tertinggi.

Pasukan bola sepak : harimau regular tidak bergigi

Mobil : Proton Wira evolution, Proton Waja R3, Proton Saga impreza, Perodua mira, Perodua Passo

Filem : kehidupan seorang pramugara yang terlampau suka, Kl menangis, rempit mati dilanggar apek cina

Carian di Yahoo dan Google: sex melayu, melayu bogel tudung, skodeng amoi, tembam melayu, cikgu kongkek

Alasan untuk bunuh diri: awek minta putus, cukai tinggi, tekanan semasa musim puasa, isteri berselingkuh dengan suami, tak berjaya menyelesaikan kubus rubik.

Saturday, October 16, 2010

Tahu ke makna cinta tu?



Hidup adalah cinta
Cinta adalah jiwa
Jiwa adalah nyawa
Nyawa adalah manusia
Manusia adalah cinta

Kerana kita lahir ke dunia kerana cinta ibu dan bapa kita..


- Bart Rasta

Friday, October 15, 2010

Seni tandas awam ( bukan cerita pasal tahi )

Sudah menjadi lumrah seorang manusia membuang air besar dan air kecil ketika hidupnya. Sehari mungkin sekali, dua kali ataupun berkali-kali. Adalah tidak normal untuk tidak membuang langsung dalam masa sehari. Dan tersangatlah tidak normal jika tidak membuang selama seminggu.

Alasan tidak membuang kerana rumah kena potong air mungkin tidak dapat diterimapakai lagi pada zaman sekarang memandangkan lambakan tandas-tandas awam di sekeliling kita. Hatta stesen minyak sekalipun menyediakan perkhidmatan tandas awam.

Apa yang menarik sekali tentang tandas awam di sekeliling aku tentulah contengan-contengan dinding dan pintunya. Menjadi satu kewajipan bagi aku untuk meneliti setiap karya ini. Sementara menanti urusan selesai, ada baiknya kita menelaah hasilan kreatif anak muda Malaysia kan.
Dari pemantauan sepanjang hayat aku bergelar manusia, antara lukisan dan tulisan yang menjadi kegemaran dan pilihan rakyat Malaysia adalah :-

1) Nombor telefon awek-awek gersang, lelaki-lelaki gersang, ahlong, ubat kuat dan syarikat membaiki tandas. Contoh :-
a) baby Taman Tun 0126738916
b) nak hisap? Jay - 0195761369
c) nak mula bisnes tapi talak wang? Hubungi 0169432888
d) panjang, besar, keras dan tahan lama 0107348990
e) membaiki tandas, call Pakdin 0174845995
2) Ayat-ayat berbaur politik, perkauman dan carutcacimakian. Contohnya :-
a) Umno kafir! Makan duit rakyat!!
b) Pas jilat bontot orang cina!!
c) Cina babi, berak tak basuh!!
d) Melayu bodoh, malas keleja tapi mau kaya !!
e) Hindu paria hitam, bodo sembah lembu!!
f) butuh pak hang la ayaq tadak!!

3) Ayat-ayat kehebatan. Contohnya :-
a) Sham was here since 1999
b) Apache Sereng for life!!
c) Hidup orang melayu!!
d) Glory glory Man Unaited
e) Budak Kelantan still the best, hidup Amerikaa!!
f) Punk not dead!!

4) Lukisan-lukisan manusia berasmara, kemaluan manusia dan mat rempit tengah wheely.

5) Lukisan-lukisan melambangkan kumpulan muzik, parti politik, dan pasukan bola sepak.

Terhibur bukan?

Sebelum rakyat-rakyat Malaysia naik angin dan marahkan kenyataan aku di atas (orang Malaysia memang suka marah tak kena tempat dan tidak marah apabila tiba masanya), ingin aku jelaskan di sini yang mana budaya ni bukan sekadar di Malaysia sahaja, malahan turut melanda negara-negara lain.
Contohnya :-










Ya, cuma mungkin mereka dengan pendekatan yang lebih kreatif dan terhibur dari kita.