hit counter dreamweaver

Tuesday, November 8, 2011

Sell-Off

Pada aku, generasi Facebook/Twitter sekarang adalah pencari perhatian dengan keinginan seperti kanak-kanak untuk mendapatkan maklum balas yang berterusan kepada kehidupan mereka. Mereka mencuba supaya diperhati dan dikagumi oleh orang lain setiap hari. Jikalau ianya begitu, bolehkah kita menganggap tujuh ratus lima puluh juta pengguna Fesbuk dan dua ratus juta pengguna Twiter adalah individu yang mencari perhatian? Individu yang obses dengan diri sendiri. Individu yang cuba sedaya upaya menonjolkan diri sendiri.

"Majoriti senyap pengguna yang sederhana yang boleh menggunakan ia hanya sebagai lanjutan kepada teknik-teknik komunikasi sebenar kehidupan mereka."
- Dr Adrian Budiman, UUM

"Para pengguna berat, yang menghabiskan lebih banyak masa online untuk bersosial, mungkin merasa kepuasan segera menerima maklum balas yang berterusan sebagai rangsangan ketagihan. Ini adalah orang-orang yang merasakan perlu untuk menjadi mini-selebriti dan melakukan perkara-perkara yang 'Facebook layak' "
- Profesor Greenfield.

"Satu-satunya cara mereka boleh menentukan dirinya sendiri oleh orang-orang yang mengetahui mereka dan mengakui apa yang mereka lakukan. Ia adalah mudah untuk membezakan selebriti mini tulen dari personaliti, aman dan damai hanya dengan apa yang mereka berkongsi dan pasca," katanya.
- Profesor Greenfield

"Jika semua orang mahu menjadi pemerhati yang eksklusif, maka akan tiada siapa untuk menonton"
- Dr Adrian Budiman, UUM

"Salah satu sebab mengapa orang lebih tertarik kepada bidang Facebook, adalah kerana mereka boleh menjadi sesiapa saja tanpa memikirkan impak kepada diri sendiri dan masa depan mereka."
- Julian Hopkins, Universiti Monash Kampus Sunway

"Terdapat pengguna yang mengenali banyak orang dalam kehidupan sebenar dan yang diterjemahkan kepada rangkaian media sosial mereka, tetapi mereka sukar berkongsi apa-apa secara peribadi. Dan sudah tentu ada orang-orang yang mengambil setiap peluang untuk memperlihatkan kecekapannya termasuk oversharing dan mahu menjadi dilihat dalam cara tertentu."
- Edina Dizdarevic, pengguna tegar fesbuk

"Sebagai contoh, jika seseorang mengepos status 'Saya yang unik', maka mereka mahu membuat orang lain melihat mereka dengan cara itu"
- perunding perhubungan awam dan komunikasi

"Isu yang lebih serius dengan rangkaian sosial ini adalah ianya mengenai orang-orang menjadi sia-sia dan mempunyai krisis identiti. Apa yang berbahaya ialah kecenderungan untuk membina versi maya diri mereka sendiri dengan meniru manusia lain di sekeliling mereka yang kelihatan bagus di mata mereka.
- Dr Adrian Budiman, UUM

"Ini bermakna bahawa apabila manusia mula tidak memahami realiti dalam menyelami diri mereka dan cuba menjadi orang lain, mereka sudah mula hilang fokus apa yang penting dalam kehidupan"
- Profesor Greenfield

"Salah satu perkara paling malang dalam Facebook adalah ianya merosakkan dan mempamerkan perasaan dan juga individualiti yang tidak realistik"
- Syazriq Ghazali, Oxford

Friday, October 7, 2011

5 jelik

- blog yang ada muzik.
- sembang hal tivi kat fesbuk, Maharaja Lawak contohnya.
- bertekak hal bola sampai mencarut-carut.
- mengajuk dialog-dialog filem terkini.
- pertandingan pencarian.

Friday, September 30, 2011

kultur pang

Etika D.I.Y (Do It Yourself) merujuk kepada etika berdikari dengan melengkapkan tugas-tugas diri sendiri berbanding mengharapkan orang lain yang lebih berpengalaman untuk melengkapkan diri anda. Ia menggalakkan idea bahawa orang biasa boleh belajar melakukan yang lebih baik dalam perkara dia fikir adalah mustahil. Secara semula jadi, sikap DIY memerlukan pengikut yang mencapai pengetahuan yang diperlukan untuk menyelesaikan tugas yang diberikan. Tanpa ini, DIY bukanlah satu dogma yang berkesan. Istilah ini boleh merujuk kepada 'melakukan' apa-apa pun, termasuk peningkatan dan pembaikan, pertolongan dan usaha kreatif.

Kemuncak etika ini adalah dalam memperkasakan individu dan masyarakat dengan menggalakkan pekerjaan pendekatan alternatif apabila berhadapan dengan halangan-halangan birokrasi atau masyarakat dalam mencapai objektif mereka. Bukannya memperkecilkan atau menunjukkan penghinaan untuk pengetahuan atau kepakaran arus perdana, tetapi sejarah telah menunjukkan etika D.I.Y menjuarai purata individu dalam mencari dan kepakaran untuk diri sendiri. Daripada menggunakan perkhidmatan orang lain yang mempunyai kepakaran bertauliah, pengikut-pengikut DIY berorientasikan dalam mencari pengetahuan untuk dirinya sendiri.

Dalam cabang kebudayaan punk, etika DIY terikat dengan ideologi punk dan antikonsumerisme, yang membawa maksud sebagai penolakan keperluan untuk membeli barangan atau menggunakan sistem atau proses yang sedia ada. Aku ambil contoh dari segi muzik apabila boleh dikatakan sejak tahun 1970-an, band punk yang baru muncul mula merekod muzik mereka sendiri, menghasilkan album sendiri, mengagihkan kerja-kerja mereka sendiri dan memperkenalkan ruangan bawah tanah yang hanya dilakukan di rumah dan bukannya di tempat tradisional bagi tujuan mengelakkan tajaan korporat disamping bertujuan mendapatkan kebebasan dalam berprestasi.

Hari ini, berfesbuk juga perlulah mempunyai etika D.I.Y-nya yang tersendiri. Cara kita up status, cara kita tinggal komen, cara kita bahan orang, cara kita ayat makwe, semuanya ada cara dan gaya yang betul. Gaya dan ejaan bahasa yang kita gunakan juga perlu diambil berat tahu? Status macam mana boleh nak like, video macam mana boleh nak pos, gambar makwe macam mana boleh nak komen, page macam mana boleh nak join. Aku perati ramai kutu-kutu punk dah langgar etika, dah sell-off, dah tak original, dah bangfes, dah Showdown, dah Astro Warna. Semua dah jadi satu, dah jadi poser, dah jadi sama macam orang lain. Tiada lagi kekreatifan, tiada lagi warna, tiada lagi corak dan tiada langsung originaliti. Anger? Riot? Anarki? Chaos? Fight? Violen? Mayhem? Rebel? Freedom? Pride? Digniti? Celaka apa, dah lama benda-benda ni semua kena buang dalam tong sampah. Biasa la, aku paham. Dah dua ribu sebelas kan. Jangan sampai nanti terlike status sendiri sudah la ya, kawan-kawan.

“I'd rather be hated for who I am, than loved for who I am not.”

- Ket Kobin

Monday, September 5, 2011

Wednesday, August 10, 2011

Friday, July 15, 2011

Inilah maksud cinta wahai adik-adik




Hidup adalah cinta
Cinta adalah jiwa
Jiwa adalah nyawa
Nyawa adalah manusia
Manusia adalah cinta



"Kerana kita lahir ke dunia kerana cinta ibu dan bapa kita"

- Bart Rasta

Sunday, June 12, 2011

Go Go Malaysia


Selipar stailo berteknologi tinggi.




Bukan setakat selipar fesbuk, selipar tuiter dengan selipar yutiub pun ada juga rupanya.





Malaysia memang saiber.

Saturday, June 11, 2011

Trend




Gua dah lama tak pergi gig sebab gua dah naik menyampah dengan budak-budak trendy and ada certain peeps yang berlagak COOL and ROCKSTAR habis eventho tak main mana-mana band pon .

Saturday, April 16, 2011

Bab I

Sesi perbualan pertaipan aku dengan seorang kutu. Ya, via fesbuk.



Aku : Lu semenjak dah kerja gomen ni dah tak macam dulu-dulu la gua tengok.
Kutu : Mana ada, gua biasa-biasa saja tapi gua sekarang dah urban, dah pakai BB.
Aku : Biar betul. Mana lu rembat?
Kutu : Gua punya la. Gua beli RM120 saja. Ada promosi.
Aku : BB pada harga RM120?? Bagi gua 10 bijik..
Kutu : Ya, tapi kena guna Digi la. Rumah lu ok ke tidak line Diginya?
Aku : BB kena pakai Digi? Hampeh juga. Ikut suka hati gua la nak pakai apa pun. Apahal nak kena Digi pulak!
Kutu : Dah tu promosi Digi, memang kena Digi la. RM120 untuk modem dia. Bulan-bulan lu bayar RM58 saja.
Aku : Kejap-kejap, BB tu apa?
Kutu : Brokben..
Aku : Lahanat, gua ingat Blekberi..
Kutu : Hahahahaha ! !
Aku : . . . . . . . .

Saturday, April 9, 2011

Face-book



Mark Zuckerberg : I went to my friend for the money because that's who I wanted to be partners with. Eduardo was the president of the Harvard Investors Association, and he was also my best friend.

Gage : Your best friend is suing you for six hundred million dollars.

Mark Zuckerberg : I didn't know that, tell me more. [Sarcastically]

Thursday, April 7, 2011

Blog Oh Blog

Blogspot sekarang dah tak serupa Blogspot yang dulu. Sekarang semua orang ada blog, semua dah 'pandai' menulis. Orang yang ada blog dah tak istimewa mana. Benda macam ni sepatutnya positif tapi jadi sebaliknya bila mana.


banyak blog tatabahasa dan ejaan ke laut,
banyak blog penuh gambar pakwe makwe,
banyak blog cari duit, pengikut dan trafik,
banyak blog Hilang Punca,
banyak blog fitnah,
banyak blog kopipes,
banyak blog lagi sebenarnya.


.tapi aku malas nak buang masa taip semua.


p/s : jangan maispeskan blogspot.

Sunday, March 27, 2011

Reality

Jangan harapkan kesemua saudara-mara,adik-beradik dan sebagainya akan pulang ke rumah sempena hari perayaan atau hari cuti-cuti am tapi yang pasti kesemuanya akan ke rumah apabila berlaku kematian. Inilah kenyataan .


ANUAR AHMAD

Feb 19,1949 to Feb 21st,2011

May he rest in peace.

AL-FATIHAH

Monday, February 14, 2011

Aziz Sattar seorang working class hero

Pengayuh Beca : Ini 5 sen.. tak cukup.. mana lagi 5 sen ?
Ajis : Apa pasal tak cukup ?
Pengayuh Beca : Janji 30 sen.. baru dapat 25 sen.. lagi 5 sen ?
Ajis : Dia orang duduk first class .. saya duduk second class… second class bayar separuh bayaran.
Pengayuh Beca : Jangan begitu .. first class baik .. second class baik .. sama juga sampai .. saya penat berkayuh.
Ajis : Sampai tu memang sampai.. tiggal lagi azab saya yang tanggung lebih.. dia orang duduk atas tilam, saya duduk atas papan.. sampai naik kematu punggung saya wak... lain kali taruh tilam saya kasi 10sen.
Pengayuh Beca : Apa la punya orang .. kalau tiga lagi macam kau orang terpaksa kami bikin Union.




p/s : dulu punya sarkastik.

Sunday, February 13, 2011

Hantu Kak Limah Balik Rumah bukan cerita hantu

Pada pandangan aku filem Hantu Kak Limah Balik Rumah adalah sebuah filem cinta paling jujur dalam industri perfileman malaysia. Cinta yang tak kesampaian dan makna sebenar sebuah percintaan.



Ianya adalah berkaitan Husin dan Che' Nin. Satu plot tentang perjalanan cinta Husin dan Che' Nin hingga ke akhir. Yang selebihnya adalah sebagai pelengkap sebuah cerita.



Tiada bajet berpuluh juta.

Tiada babak berahi.

Tiada computer generated image.

Tiada letupan atau senjata.

Tiada superhero melawan raksasa.



Cinta memerlukan pengorbanan. Pengorbanan cinta Husin adalah dengan meninggalkan kekasihnya demi mengejar satu kehormatan. Pengorbanan cinta Che' Nin pula adalah dengan setia kepada Husin. Ini semua adalah erti sebenar kepada makna cinta itu.




Cinta tak semestinya bersatu.


p/s : Abang Mamat memang sarkastik. Kredit!

Letter To You Part II

Dear Ayang,

Bukanlah abang sayang kereta tu lebih dari ayang tapi ayang kena faham yang kereta tu kereta bos abang. Nanti kalau hilang siapa nak ganti?

Ayang,
Abang suruh ayang kerja tapi ayang tak nak. Ayang kata nak dok rumah jaga anak-anak,nak siapkan sarapan,nak kemas rumah tapi ayang tiap-tiap hari bangun tidur jam 12 tengah hari. Macam mana nak buat kerja rumah?

Cubalah ayang fikir macammana abang tak tidur dalam kereta. Abang balik kerja lambat sikit je,ayang dah kunci pintu. Bukannya abang pegi berfoya-foya. Abang pergi kerja.

Lagi satu pasal piza yang ayang mengidam tu,ayang nak pizza yg di order dari jepun. Manalah abang ada duit nak order. Abang nak belikan apam balik yang jual dekat depan
office abang ni,ayang pula tak nak. Ayang nak juga pizza dr jepun. Nasib baiklah abang tak belikan,kalau tak comfirm anak kedua kita tu mesti muka macam doremon. Ish! tak naklah abang.

Pasal hadiah tu abang dah belikan tapi abang sembunyikan dekat dapur. Ayang yang tersalah buang sebab ingatkan sampah. Setiap kali abang suruh kemas rumah,ayang cakap rumah kita dah bersih tapi hadiah dengan sampah pun dah jadi serupa je. Hadiah tu mahal tahu abang belikan untuk ayang.

Sebenarnya abang sayang ayang lebih dari kereta tu walaupun hantaran masa kita kahwin cuma rm8k. Ayang tak tahu berapa kali abang turun naik bank nak buat loan rm8k? Tapi demi ayang abang buat juga.

Ayang,
Pasal morning kiss tu,ayang bangun pun dah tengah hari. Nak morning kiss macam mana?Dah lah ayang. Abang malas nak cerita tapi abang nak bagitahu juga dekat sini yang ayang tetap no.1 di dalam hati abang. Nanti kalau naik bas tu berhati-hati. Ayang nak balik kampung tu abang izinkan cuma jangan lupa kirim salam dekat mak ayah kat sana . Kalau ada gulai lemak ikan masin ke nanti jangan lupa bawa balik sikit.

Kalau ada lembu terlepas nanti dekat kampung tu, ayang tak payahlah susah-susah pergi kejar lembu tu pula. Biarkan sahaja. Nanti bila abang balik kampung,abang tolong kejarkan. Bukan apa cuma takut lembu tu tanduk ayang nanti. Bukan setakat calar sahaja, silap-silap boleh masuk hospital. Kalau abang yang kena tanduk tu tak apalah asalkan bukan ayang.

Jaga anak-anak tu baik-baik. Jangan bagi diorang main dekat sungai musim-musim banjir ni. Nak dapatt anak bukan senang. Takut nanti ayang mengidam lagi pizza jepun. Lagi haru.

Ayang pun jaga diri baik-baik. Jangan sampai jatuh longkang lagi. Abang memang tak nak ketawa masa tu tapi nak buat macam mana sebab ayang jatuh kepala dulu yang masuk longkang. Dah lah rambut ayang masa tu baru lepas rebonding. Memang abang ketawalah.

Love,
Abang .

Friday, February 11, 2011

Letter To You Part I

Dear abang,

Ayang nak mintak kebenaran abang untuk bawa anak-anak balik ke kampung. Abang tak perlu hantar ayang sebab ayang mampu untuk bawa anak-anak ke kampung musim cuti sekolah ni dengan bas. Abang jagalah diri abang dan kereta abang baik-baik. Cuma ada perkara yang ingin ayang luahkan disini.


Kereta baru abang tu mahal. Harga mencecah 100k barangkali. Sebab tu abang sayangkan kereta abang lebih dari ayang. Sampaikan abang dah terlena dalam kereta abang tu sejak abang beli 3 bulan yang lalu dah masuk 3 malam. Abang sayangkan kereta abang lebih dari ayang! Nak tahu kenapa? Harga kereta abang tu lebih mahal dari wang hantaran yang ayah ayang letakkan masa kita kahwin dulu. Cuba hantaran ayang lebih mahal dari harga kereta abang?

Tiap-tiap pagi abang mesti gosok kereta abang, nak nampak berkilat tapi ayang nak dapat kiss good morning pun susah.

Sejak beli kereta tu,sebulan sekali macam-macam aksesori abang beli kat kereta, ayang nak dapat hadiah besday setahun sekali pun susah.
Kereta sebulan sekali abang servis, abang kata kena jaga maintainance. Ayang nak dapat pegi salon setahun sekali pun susah.

Kereta abang make up lawa-lawa tapi kalau ayang make up lawa-lawa abang kata ayang tak sedar diri. Kereta abang bagi makan minyak mahal-mahal. Cecah 100 setin pun ada, ayang nak makan pizza sekeping je masa mengidam anak kedua kita, abang kata ayang mengada-ngada.

Kereta abang kalau anak-anak sentuh sikit bodynya abang marah anak macam nak makan, ayang jatuh longkang besar boleh abang gelak.

Paling menyedihkan ayang tanya kenapa tidur dalam kereta? A
bang jawab takut orang curi kereta abang tapi kalau ayang kena curi?

Ayang nak balik kampung dulu. Anak-anak nak jumpa atuk dengan nenek mereka.
Takut nak naik kereta abang. Nanti calar. Ayang calar takpe.

Jaga diri elok-elok, sarapan ayang dah sediakan. Ayang pegi pon tak lama. Sekolah buka ayang balik lah dengan anak-anak.

ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU MASAKKAN MAKANAN KESUKAAN ABANG

ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU BASUHKAN PAKAIAN ABANG

ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU GOSOKAN KEMEJA ABANG

ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU SIAPKAN AIR MANDI ABANG

ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU KEMASKAN RUMAH ABANG

ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU URUT-URUT BADAN ABANG

ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU TEMANKAN ABANG TIDUR




Love,
Ayang

Thursday, February 3, 2011

Google Translate

Salah cerita kebohongan seorang ratu prom terdampar
Mengapa kau ceritakan semuanya baik-baik?
Semuanya baik-baik saja?

Dapatkan berlutut
Oh, mengapa kau merobek aku?
Tidak, mengapa semuanya mati di dalam
Oh, anda bisa saja mengatakan kepada saya, sekurang-kurangnya saya sudah tahu
Tidak, anda harus sudah mengatakan kepada saya dan diukir di tulang-tulangku

Merobek mata saya untuk menghapuskan kurnia penglihatan
Membuktikan pernah mengutuk masih, cahaya tidak dapat mencari kami di sini
Painted mata merah saya terbakar
Dan masih kau bersembunyi di balik ombak

keheningan anda begitu menghantui
Anda tanpa henti kata, menanam dalam
Hatiku mengkhianati saya untuk terakhir ciuman pertama selamat tinggal
Tertidur dan jar satu mata

Menumpahkan setiap kebohongan yang telah anda menumpahkan sebelum
Tapi aku tidak memaafkan anda
Apa yang terjadi antara kami, apa yang boleh saya berikan untuk menyelamatkan kita
Menjadi orang benar adalah tidak cukup
Apa yang terjadi antara kami, apa yang boleh saya berikan untuk menyelamatkan aku

Ini samudera yang jauh antara hati kita (ini lautan)
bernafas telah mendapat terlalu keras

Berteriak dengan suara malaikat
Terletak pada nama Injil
Senyum di wajah korban anda, senyum untuk saya
Ini adalah permintaan terakhir saya untuk anda
Tahan nafas
Aku mencengkam ke bencana
Tahan nafas

A Single Moment Of Sincerity - Asking Alexandria

Wednesday, February 2, 2011

Facebook

Merujuk kepada bila semua pun nak cerita, adalah fucked up bagi aku setiap kali log in fesbuk dan terpaksa membaca semua coretan tak berwawasan itu. Dan menjadi kebiasaan bagi aku disoal tentang keanehan, ketaksuban, kepelikan, kesamadsaidkan, kepulunan, dan kebuatbestan status-status fesbuk aku. Dan menjadi satu keboringan, kejelikan, ketensionan, kepedihan, kengantukan dan keletihan pula untuk aku merespon setiap pertanyaan tentang status aku. Benda tersirat memang tak semua nampak. Yang jenis malas fikir, terus main kutuk-kutuk, bantai-bantai je. Ada gak yang keluar tajuk terus. Nak buat macam mana, orang Malaysia memang malas berfikir. Bukan semua tapi tak ramai.


- Without evil there could be no good, so it must be good to be evil sometimes.
- Mark Zuckerberg taknak ikut trend ke buat Facebook in 3D.
- We are so vain that we even care for the opinion of those we don't care for.
- Jangan disangka facebook yang tenang tiada buaya.
- Kusangka panas sampai ke petang, rupanya panas sampai ke malam.
- Kerana pemimpin setitik, rosak rakyat sebelanga.
- Gendang gendut tali kecapi, perut gendut susah hati.
- Selamat tinggal facebook.
- Alang-alang menyeluk harga rokok, biar sampai ke pangkal lengan..
- Tidur macam tiada malam.
- Seseorang yang dapat berfikir secara logik, memberikan kontras yang bagus pada dunia nyata.
- Memakai baju bundle dapat mengelakkan berlaku gejala boria.
- There are no stupid questions, but there are a lot of inquisitive idiots.
- Sepandai-pandai Mark Zuckerberg melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga.
- Bukan budaya melayu kita curi-curi budaya bangsa lain ni.
- Bukan budaya melayu kita tengok bola sambil maki-maki ni.
- Bukan budaya melayu kita like-like status ni.
- Cinta sana cinta sini, aku gila geli.
- Kebanyakannya status mereka adalah berkaitan makanan, assignment, percintaan, perlepakan, pekerjaan, makian dan umpatan.
- Dengannya rasa cukup selesa, tak mungkin ada selainnya.
- Facebook mudah lupa.
- Takkan Facebook hilang di dunia.
- Masuk tempat orang bawa Facebook bukan bawa pisau.
- The Malaysia is a nation of laws: badly written and randomly enforced.
- Ade pepatah mengatakan bahawa bahasa menunjukkan bangsa.
- Tell me how I have upset you, because I want to know how to do it again.
- Anda memerlukan kesabaran untuk mendengar dan anda juga memerlukan kemahiran untuk berpura-pura mendengar.
- 5 batang balutan ganja adalah sama seperti 112 batang balutan tembakau.
- Sarkasme adalah terendah di dalam bentuk kebodohan, tetapi tertinggi di dalam bentuk kecerdasan.
- I’ll being nicer if you being smarter.
- Ketika orang bertanya kepada saya soalan bodoh, adalah menjadi kewajipan saya untuk memberikan mereka komentar sarkastik.
- Facebook ni kerja-kerja puak Mayans sebenarnya.
- Apabila semua orang bebas untuk melakukan apa yang mereka kehendaki, mereka biasanya akan meniru satu sama lain.
- Apa yang kita belajar dari sejarah adalah bahawa kita gagal belajar dari sejarah.
- Serahkan diri anda wahai jagindas sebelum anda kehilangan nafas.
- Kuala Lumpur = sesak, mahal dan kucar-kacir.
- Hujan emas di negeri orang, Hujan difuck di negeri sendiri.
- Sudah gaharu cendana pula, sudah mencarut beremoticon pula.
- Suruh online dia online, suruh mengaji dia tak tahu.
- Berdakwah tidak semestinya perlu menjadi ustaz atau ustazah.
- Drama melayu memang banyak kebetulan.
- Zaman ini zaman facebook, bilamana manusia berlumba-lumba menceritakan apa yang mereka lakukan.
- Begitulah juga kita, hanya menafikan melepaskan batuk di tangga.
- Mike Sullivan, i'm so sorry.
- Ada sebab Tuhan letak otak kat atas bukan kat bawah.
- Sejak guna gambar profile ni, makin berkurang pulak awek-awek add. Tak boleh jadi macam ni.
- Kadang-kadang terlupa orang lain juga punya perasaan.
- The trouble with the world is that the stupid are cocksure and the intelligent are full of doubt.
- Aku manusia, kau manusia, Dia yang tuhan.
- Gambar yang tenang jangan disangka tiada photoshop.
- Memberi satu kesenian untuk dinikmati bersama.
- Budak-budak DSLR je suka add awek cun kat facebook ni.
- Budak-budak emo je suka letak gambar profile muka orang lain ni.
- Budak-budak break dance je suka main game kat facebook ni.
- Budak-budak shuffle je suka tag gambar orang suka-suka hati ni.
- Budak-budak indie je suka post-post video kat facebook ni.
- Orang yang tak true saja suka likes-likes kat facebook ni.
- Keropok mony ni poseur jugak rupanya.



okay, biar gua terang satu-satu isi tersirat pada status-status ni.
Hmm..Esok-esok saja lah gua bagitau.

Tuesday, February 1, 2011

Survey

Name
Syazriq tapi lebih cool kalau panggil Brad Pitt or Johnny Depp.

Height
175 cm, ukur time tahun 2009 berserta dengan cap.

Where do you live
Perak,negeri yang tidak aman lagi kecoh dengan mat-mat rempit.

Have you ever been on a plane
Mampu tapi banyak benda-benda lain yang lagi penting.

Fallen asleep at school
Geng skema dengan cikgu sahaja yang comfirm takkan tidur dalam kelas.

Sat by the phone all night waiting for someone to call
Tidur lagi best dan sedap.

What's your room like
Eric Leong sampai minta aku ganti dia.

What’s right beside you
Soni eriksen, External Hard Disk, Rokok dan Asam masin.



Do you...



..believe in love at first sight
..Nope

..like picnics
Suka tapi tak pernah buat lagi.



Today..



..did you talk to someone you like
Ya, hari-hari kena maki dengan makwe gua.

Who do you really hate
Fesbuk, kelaparan, dan sekatan jalan raya.

Do you like your handwriting
Selalu sangat bertukar,tak tahu pattern yang mana yang suka.

Are your toed- nails painted
Pebenda plak dah ni?

Whose bed other than yours would you rather sleep in
Tidur atas kerusi luar sebab balik lambat.

What color shirt are you wearing now
Jenis soalan yang menaikkan nafsu syahwat pembaca,no comment.

Do you have any pets
Nyamuk. 3ekor jantan, 2 lagi betina.

Do you sleep with the TV on
Sudah semestinya.

What are you doing right now
Menjawab soalan-soalan yang entah apa-apa.

Can you handle the truth
Erkkk -,- , ya saja lah!

Are you closer to your mother or father
Ibu,ayah gua jenis berlagak muda dan macho.

Do you eat healthy
Buah jeruk tu kira healthy ke tidak?

Do you still have pictures of you & your ex
Tiada,semua dah kena koyak.

If you’re having a bad day, who are you most likely to go to
Pergi rumah jiran sebelah, melalak sekuat-kuat hati sampai hilang suara.

Are you loud or quiet most of the time
Diam tapi berisi.

Are you confident
Konfiden tapi konfius.



5 things I would do if I were a billionaire:
- Gua
- Rasa
- Macam
- Malas
- Jawab



5 of my bad habits:
- Tidur secara lintang pukang.
- Terlupa baca doa makan sebelum makan
- Senyum secara tidak ikhlas
- Dengar lagu kuat-kuat sambil memandu
- Terlupa riplai sms



5 places i've lived in:
- Seremban
- Cyberjaya
- Damansara
- Kuala Kangsar
- Ac Milan



8 songs i currently listening over and over again :
- No one else (Butterfingers)
- This is new shit (Marilyn Manson)
- My life for hire (A Day To Remember)
- Nothing is forever (Caliban)
- What's this life for (Creed)
- 11 am (Incubus)
- Ramona (Beck)
- Rapuh (Padi)

Saturday, January 29, 2011

Life




A life of reaction is a life of slavery, intellectually and spiritually. One must fight for a life of action, not reaction.

Friday, January 28, 2011

Penatlah



Gua penat nak melayan segala macam jenis karenah manusia. Gua penat sangat-sangat. Lu orang tak tahu letih ke? Hari-hari ada je karenah lu orang. Mungkin lu orang ingat gua ni robot agaknya. Tu pasal lu orang rasa gua ni takkan penat,takkan merungut kan? kan?

Alangkah bagusnya kalau sememangnya gua ni sebuah robot. Aman hidup gua. Tak payah nak melayan karenah lu orang. Gua bukan ada hati dan perasan pon. Gua kan robot. Itu lu orang kenalah faham. Dalam banyak-banyak hari,gua minta 1 hari je untuk lu orang layan karenah gua plak. Bolehkan? Masa tu lu orang akan rasa sendiri apa yang gua rasa selama ni. Baru padan dengan muka lu orang.



Sometimes the questions are complicated and the answers are simple.

Thursday, January 27, 2011

Counting Days



I've been waiting a long time .
for this moment to come .
I'm destined for anything at all .
Downtown lights will be shining .
On me like a new diamond .
Ring out under the midnight hour .
No one can touch me now .
And I can't turn my back .
It's too late ready or not at all .


I'm Waiting .

Wednesday, January 19, 2011

Khalifah



And we're all to blame
We've gone too far
From pride to shame
We're trying so hard
We're dying in vain
We're hopelessly blissful and blind
to all we are
We want it all
With no sacrifice!!


- Sum 41

Saturday, January 15, 2011

Aritmetik Pekerjaan



Smart boss + smart employee = profit
Smart boss + dumb employee = production
Dumb boss + smart employee = promotion
Dumb boss + dumb employee = overtime

Friday, January 14, 2011

Aku Menipu

Orang kurus macam aku memang berisiko.
Kalau angin kuat, kena berlindung dalam rumah.
Kalau tak, boleh terbang kena tiup.

Tak lah, aku tipu saja.
Perut aku berat, selamba saja redah walau angin kuat.
Takkan terbang kena tiup lah.



Mereka kata ku tipu, tapi ku tak meniru.

- Rikhail Win Dzar

Thursday, January 6, 2011

Afrikan Berproton Tompak

Lahabau,


Jika dunia berbentuk segi empat, pasti manusia jatuh di hujungnya.
Jika roda berbentuk segi empat, pasti kucar kacir pemanduannya.
Jika bola berbentuk segi empat, pasti lencong tendangannya.
Jika kepala berbentuk segi empat, pasti tak keruan tidurnya.

Lahabau,

Dunia, roda, bola dan kepala tercipta bukan berbentuk segi empat.
Kenapa berpura jihad sedangkan kamu jahat.
Kenapa berpura baik sedangkan kamu terbalik.
Kenapa berpura tahu sedangkan kamu maru.
Kenapa berpura sempurna sedangkan kamu punah.
Kenapa berpura sedangkan kamu kura.

“I'm no one's lap dog, you can't put me on a leash, and that was the attitude of it, fuck off.”
Johnny Rotten quotes

Wednesday, January 5, 2011

Boleh terima ke jawapan itu, saudara?

Ramai ‘kawan’ saya tanya apa sudah jadi sama saya. Tak ketinggalan juga yang meluat dan jijik. Yang baik hati, siap menabur fitnah dan saling menghasuti.

Gua malas jawab, biar dia ni yang jawab.

“Dia tak macam lelaki-lelaki lain, tidak tipikal, seorang yang tak dapat dibaca, dan penuh misteri. Dan lagi, dia tau memetik gitar”



Untuk mengetahui tinggi rendah pemikiran dan kematangan seseorang, kita hanya perlu berpura-pura merendahkan tahap pemikiran dan kematangan kita semasa bersamanya.
- Borat Sagdiyev

Tuesday, January 4, 2011

Post Yang Tak Serius

Aku memang tak suka berlaku serius bila bersembang, berbincang, bercakap, berdebat, menaip dan juga mencarut.
Tapi jangan fikir aku tak boleh boleh menjadi serius bila bersembang, berbincang, bercakap, berdebat, menaip dan juga mencarut.



*gua tengah serius ni.

Monday, January 3, 2011

Berkempen Sekali Sekala




Dan aku menyahut kempen ini dengan menjadi



coz i yam Popeye the sailor man, poot poot!

Sunday, January 2, 2011

NAK!

Manusia memang selalu hendakkan sesuatu dan akan sentiasa harap untuk dapat sesuatu.
keindahan ciptaan Tuhan yang Maha Esa kepada khalifah di bumi. Tiada makhluk-Nya selain manusia yang diciptakan dengan sifat sedemikian.



Orang miskin nak kaya,orang kaya nak kaya lagi .
Orang sakit nak sembuh,orang sihat nak sakit .
Orang bodoh nak pandai,orang pandai nak pandai-pandai .
Orang pendek nak tinggi,orang tinggi nak sasa .
Orang hodoh nak cantik,orang cantik nak menawan .
Orang kurus nak berisi,orang gemuk nak kurus .
Orang hitam nak putih,orang putih nak merah .
Orang jahat nak menang,orang baik nak jadi hero .
Orang bujang nak kahwin,orang kahwin nak bujang .
Orang tiada kerja nak kerja,orang bekerja nak cuti .
Orang swasta nak keja gomen,orang gomen nak naik gaji .
Orang nak nak orang,orang-orang nak orang-orang-orang .
Aku nak___________,__________nak___________ .

Satu yang aku pasti,semua orang tak nak mati .
*Pembunuh diri bukan nak mati,dia nak perhatian .



Bukan semua yang kita nak kita dapat dan bukan semua yang kita dapat kita nak .