hit counter dreamweaver

Wednesday, June 13, 2012

LIFE

Nak tau satu rahsia dak? Sebenarnya hidup ni simple saja. Kalau mengantuk - tidur
Kalau lapar - makan nasik
Kalau dahaga - minum air
Kalau busuk - mandi
Kalau boring - main
Kalau nak kaya - berusaha
Kalau nak selamat - berhati-hati
Kalau nak ramai kawan - peramah
Kalau nak masuk syurga - banyakkan suruhanNya
Kalau nak masuk neraka - banyakkan laranganNya


Yang engkau tak habis-habis nak life's suck tak tentu pasal ni dah kenapa?

Saturday, April 7, 2012

Review

Kerana pada masa sekarang yang mana rata-rata blogger masing-masing sudah mula mereview filem, mereview buku, aku sudah boleh kirakan ini sudah satu trend terkini. Apatah lagi, kebanjiran filem-filem dan buku-buku yang semakin power hari ke hari ini, memang sedap sangat jika dibuat review. Untuk tidak ketinggalan trend ini, aku juga mahu ikut mereview sesuatu. Masalahnya sekarang, semua filem, semua buku sudah direview, bahkan filem dan buku bangang sekalipun sudah direview. Jadi tinggal apa lagi untuk aku review?

Makan nasik lagi bagus.

Friday, March 30, 2012

2012

Mainstream itu apabila disebut Nirvana dia menjawab Kurt Cobain, apabila disebut Radiohead dia menjawab Creep, apabila disebut Metallica dia menjawab Enter Sandman, apabila disebut Linkin Park dia menjawab In The End, apabila disebut Black Metal dia menjawab Setan, apabila disebut Konsert dia menjawab Akademi Fantasia, apabila disebut Gig dia menjawab Mabuk, apabila disebut Zine dia menjawab Knowledge, apabila disebut Skinhead dia menjawab ACAB, apabila disebut Punk dia menjawab Rambut Pacak, apabila disebut Mawi dia menjawab Islamik dan apabila disebut Mogwai dia menjawab Apa tu?

Ok la ok la, asyik dengan muzik saja kan. Tukar benda lain pulak.

Mainstream itu apabila disebut Ceramah Agama dia menjawab Lawak, apabila disebut Kuala Lumpur dia menjawab Moden, apabila disebut Mencester Unaited dia menjawab Power, apabila disebut Teman Lelaki dia menjawab Suami, apabila disebut Politik dia menjawab Pembangkang, apabila disebut Ustaz dia menjawab Alim, apabila disebut Kereta dia menjawab Sport Rim, apabila disebut Dating dia menjawab Wayang, apabila disebut Liverpool dia menjawab Liverfool, apabila disebut Buku dia menjawab Skema, apabila disebut Isteri dia menjawab Malam Jumaat, apabila disebut Pipiyapong dia menjawab Kakaka, apabila disebut Cinta dia menjawab Itu Buta, apabila disebut Seni dia menjawab A. Samad Said, apabila disebut Babi dia menjawab Khinzir, apabila disebut Israel dia menjawab Orang Jahat, apabila disebut Islam dia menjawab Sembahyang, apabila disebut Satu dia menjawab Malaysia, apabila disebut Malaysia dia menjawab Boleh dan apabila disebut Blog dia menjawab Takda Kerja.

p/s : Apabila disebut Internet dia menjawab Fesbuk.