hit counter dreamweaver

Sunday, October 31, 2010

Entidot untuk tiub estachio ku

1.joy division-love will tear us apart
2.the verve-sonnet
3.stone roses-made of stone
4.arctic monkeys-fluorescent adolescent
5.radiohead-no suprises
6.the beatles-real love
7.lynyrd skynyrd-free bird
8.the strokes-evening sun
9.pink floyd-darkside of the moon
10.silverchair-miss u love

Saturday, October 30, 2010

10 keanehan di Malaysia tapi tidak di negara lain

1) membaca di tempat awam adalah poyo
2) kartun adalah untuk budak-budak tak cukup umur
3) melepak mamak sampai lewat pagi adalah benda yang cool
4) hisap rokok amalan mulia
5) taksub dengan kerja cepat kaya
6) bawa kereta tangan kena hulur keluar
7) mencarut dalam bahasa Inggeris adalah sangat profesional
8) keluar dating wajib ke panggung wayang
9) konsert free (jom heboh)
10)akademi fantasia

Friday, October 29, 2010

Boleh tak lu datang tempeleng budak-budak sekarang terutamanya yang di Malaysia?

Tak boleh, lu dah mati.



Lu pun dah mati gak.




Gua tau lu takkan datang Malaysia.



p/s : Woi KC! Woi SV! Apasal lu mati awal sangat?

Thursday, October 28, 2010

Americunt, kadang-kadang kau patut belajar juga.






Selepas kehampehan Dragon Ball Evolution dan juga kecelakaan Astro Boy, aku ada dengar-dengar percubaan orang putih nak bikin filem laiv eksyen Bleach. Naruto juga mungkin dalam perangkaan. Terus rasa nak terberak tak semena-mena. Aku dapat bayang macam mana kejinya Kurosaki Ichigo dan Uzumaki Naruto bermuka mat saleh ( kedua-dua mereka blonde )


Cukup la dengan kegagalan filem-filem adaptasi komik mereka sendiri. Tak perlu la nak rosakkan pula komik jepun. Daredevil, the Flash, Superman, Hulk, Spawn, Xmen, Watchmen, Punisher, adalah contoh terbaik kegagalan otak mereka-mereka ini untuk memvisualkan keindahan sesebuah komik. Mungkin sedikit kredit untuk laiv eksyen Batman, Spiderman, dan Ironman. Tu pun aku tengok Batman kian lama kian mengarut. Sut dah macam pasukan biohazard. Gua hanya dapat terima adaptasi The Crow.


Mereka mungkin pandai melukis tapi belum tahu cara menghasilkan laiv eksyen. Mereka patut tunduk dan belajar dengan orang Jepun. Keaslian sesuatu karekter, jalan cerita, dan disamping mengekalkan mood yang sama seperti ketika membaca adalah sangat penting dan perlu dititikberatkan. Ini belum masuk laiv eksyen dari permainan video lagi. Tengok saja la filem Street Fighter. Macam kerja budak tadika Kemas.


Walaumacammanagampangsekalipun orang putih buat filem hero, Cicak Man masih kekal berada di tangga paling bawah..




p/s : gua berani komfem Yusry KRU tak kenal Neon Genesis Evengelion atau paling koman Detroit Metal City. Shinosuke Nohara mungkin.

Wednesday, October 27, 2010

Kau nak kena tukar jadi biskut ke?

Ptuih bunyi aku ludah cuwing gam berperisa stroberi yang berjaya dipau kat sorang budak indie tadi. Rasa macam celaka. Nasib aku belum kunyah sampai lunyai. Aku syak budak tadi ada jampi-jampi cuwing gam ni akibat kecewa yang amat sangat kerana dipau secara bersahaja oleh aku. Cuwing gam tu terjelapuk terduduk atas rumput. Diam seribu bahasa. Tak berani nak angkat kepala. Takda fight langsung. Jenis skema. Aku tenung tajam cuwing gam warna merah jambu tadi. Ada sesuatu pada benda tu yang mengingatkan aku pada seorang member lama.




The late Majin Boo



p/s : Res in pis ya. Gua tau lu tengah senyum sorang-sorang sekarang.

Tuesday, October 26, 2010

Pintu tak berkunci itu terkunci

Pada satu hari


Aku cuba buka pintu itu..
..tapi berkunci.
Aku tarik kasar dengan harapan pintu itu terbuka..
..tapi tenagaku tak cukup.
Aku cari kunci pintu itu..
..tapi kunci itu ada pada orang lain.



Pada satu hari yang lain..


Aku cuba buka pintu itu..
..tak berkunci.
Aku tolak lembut-lembut dengan harapan tak berbunyi..
..tenagaku cukup.
Aku cari kunci pintu itu..
..ada di lubang kunci.


Aku cuba tutup pintu itu..
..tapi tersekat.
Aku tolak kasar dengan harapan pintu itu tertutup..
..tapi tenagaku tak cukup.
Aku cari kunci pintu itu..
..tapi kunci pintu itu dah patah.

Monday, October 25, 2010

Aku begini dan bukan begitu

Aku suka kerana aku gembira bukan kerana aku mahu

Aku gembira kerana aku tersenyum bukan kerana aku tertawa

Aku tersenyum kerana aku marah bukan kerana aku bahagia

Aku marah kerana aku bertanya bukan kerana aku menjawab

Aku bertanya kerana aku risau bukan kerana aku mahu tahu

Aku risau kerana aku mengambil berat bukan kerana aku menyibuk

Aku mengambil berat kerana aku mahu yang terbaik bukan kerana aku bebal

Aku mahu yang terbaik kerana aku menyanjungi bukan kerana aku tak baik

Aku menyanjungi kerana aku mengagumi bukan kerana aku mendukung

Aku mengagumi kerana aku terpesona bukan kerana aku terpana

Aku terpesona kerana aku terdiam bukan kerana aku terpejam

Aku terdiam kerana aku cemburu bukan kerana aku bisu

Aku cemburu kerana aku sayang bukan kerana aku dengki

Aku sayang kerana aku cinta bukan kerana aku suka