hit counter dreamweaver

Saturday, April 16, 2011

Bab I

Sesi perbualan pertaipan aku dengan seorang kutu. Ya, via fesbuk.



Aku : Lu semenjak dah kerja gomen ni dah tak macam dulu-dulu la gua tengok.
Kutu : Mana ada, gua biasa-biasa saja tapi gua sekarang dah urban, dah pakai BB.
Aku : Biar betul. Mana lu rembat?
Kutu : Gua punya la. Gua beli RM120 saja. Ada promosi.
Aku : BB pada harga RM120?? Bagi gua 10 bijik..
Kutu : Ya, tapi kena guna Digi la. Rumah lu ok ke tidak line Diginya?
Aku : BB kena pakai Digi? Hampeh juga. Ikut suka hati gua la nak pakai apa pun. Apahal nak kena Digi pulak!
Kutu : Dah tu promosi Digi, memang kena Digi la. RM120 untuk modem dia. Bulan-bulan lu bayar RM58 saja.
Aku : Kejap-kejap, BB tu apa?
Kutu : Brokben..
Aku : Lahanat, gua ingat Blekberi..
Kutu : Hahahahaha ! !
Aku : . . . . . . . .

Saturday, April 9, 2011

Face-book



Mark Zuckerberg : I went to my friend for the money because that's who I wanted to be partners with. Eduardo was the president of the Harvard Investors Association, and he was also my best friend.

Gage : Your best friend is suing you for six hundred million dollars.

Mark Zuckerberg : I didn't know that, tell me more. [Sarcastically]

Thursday, April 7, 2011

Blog Oh Blog

Blogspot sekarang dah tak serupa Blogspot yang dulu. Sekarang semua orang ada blog, semua dah 'pandai' menulis. Orang yang ada blog dah tak istimewa mana. Benda macam ni sepatutnya positif tapi jadi sebaliknya bila mana.


banyak blog tatabahasa dan ejaan ke laut,
banyak blog penuh gambar pakwe makwe,
banyak blog cari duit, pengikut dan trafik,
banyak blog Hilang Punca,
banyak blog fitnah,
banyak blog kopipes,
banyak blog lagi sebenarnya.


.tapi aku malas nak buang masa taip semua.


p/s : jangan maispeskan blogspot.

Sunday, March 27, 2011

Reality

Jangan harapkan kesemua saudara-mara,adik-beradik dan sebagainya akan pulang ke rumah sempena hari perayaan atau hari cuti-cuti am tapi yang pasti kesemuanya akan ke rumah apabila berlaku kematian. Inilah kenyataan .


ANUAR AHMAD

Feb 19,1949 to Feb 21st,2011

May he rest in peace.

AL-FATIHAH

Monday, February 14, 2011

Aziz Sattar seorang working class hero

Pengayuh Beca : Ini 5 sen.. tak cukup.. mana lagi 5 sen ?
Ajis : Apa pasal tak cukup ?
Pengayuh Beca : Janji 30 sen.. baru dapat 25 sen.. lagi 5 sen ?
Ajis : Dia orang duduk first class .. saya duduk second class… second class bayar separuh bayaran.
Pengayuh Beca : Jangan begitu .. first class baik .. second class baik .. sama juga sampai .. saya penat berkayuh.
Ajis : Sampai tu memang sampai.. tiggal lagi azab saya yang tanggung lebih.. dia orang duduk atas tilam, saya duduk atas papan.. sampai naik kematu punggung saya wak... lain kali taruh tilam saya kasi 10sen.
Pengayuh Beca : Apa la punya orang .. kalau tiga lagi macam kau orang terpaksa kami bikin Union.




p/s : dulu punya sarkastik.

Sunday, February 13, 2011

Hantu Kak Limah Balik Rumah bukan cerita hantu

Pada pandangan aku filem Hantu Kak Limah Balik Rumah adalah sebuah filem cinta paling jujur dalam industri perfileman malaysia. Cinta yang tak kesampaian dan makna sebenar sebuah percintaan.



Ianya adalah berkaitan Husin dan Che' Nin. Satu plot tentang perjalanan cinta Husin dan Che' Nin hingga ke akhir. Yang selebihnya adalah sebagai pelengkap sebuah cerita.



Tiada bajet berpuluh juta.

Tiada babak berahi.

Tiada computer generated image.

Tiada letupan atau senjata.

Tiada superhero melawan raksasa.



Cinta memerlukan pengorbanan. Pengorbanan cinta Husin adalah dengan meninggalkan kekasihnya demi mengejar satu kehormatan. Pengorbanan cinta Che' Nin pula adalah dengan setia kepada Husin. Ini semua adalah erti sebenar kepada makna cinta itu.




Cinta tak semestinya bersatu.


p/s : Abang Mamat memang sarkastik. Kredit!

Letter To You Part II

Dear Ayang,

Bukanlah abang sayang kereta tu lebih dari ayang tapi ayang kena faham yang kereta tu kereta bos abang. Nanti kalau hilang siapa nak ganti?

Ayang,
Abang suruh ayang kerja tapi ayang tak nak. Ayang kata nak dok rumah jaga anak-anak,nak siapkan sarapan,nak kemas rumah tapi ayang tiap-tiap hari bangun tidur jam 12 tengah hari. Macam mana nak buat kerja rumah?

Cubalah ayang fikir macammana abang tak tidur dalam kereta. Abang balik kerja lambat sikit je,ayang dah kunci pintu. Bukannya abang pegi berfoya-foya. Abang pergi kerja.

Lagi satu pasal piza yang ayang mengidam tu,ayang nak pizza yg di order dari jepun. Manalah abang ada duit nak order. Abang nak belikan apam balik yang jual dekat depan
office abang ni,ayang pula tak nak. Ayang nak juga pizza dr jepun. Nasib baiklah abang tak belikan,kalau tak comfirm anak kedua kita tu mesti muka macam doremon. Ish! tak naklah abang.

Pasal hadiah tu abang dah belikan tapi abang sembunyikan dekat dapur. Ayang yang tersalah buang sebab ingatkan sampah. Setiap kali abang suruh kemas rumah,ayang cakap rumah kita dah bersih tapi hadiah dengan sampah pun dah jadi serupa je. Hadiah tu mahal tahu abang belikan untuk ayang.

Sebenarnya abang sayang ayang lebih dari kereta tu walaupun hantaran masa kita kahwin cuma rm8k. Ayang tak tahu berapa kali abang turun naik bank nak buat loan rm8k? Tapi demi ayang abang buat juga.

Ayang,
Pasal morning kiss tu,ayang bangun pun dah tengah hari. Nak morning kiss macam mana?Dah lah ayang. Abang malas nak cerita tapi abang nak bagitahu juga dekat sini yang ayang tetap no.1 di dalam hati abang. Nanti kalau naik bas tu berhati-hati. Ayang nak balik kampung tu abang izinkan cuma jangan lupa kirim salam dekat mak ayah kat sana . Kalau ada gulai lemak ikan masin ke nanti jangan lupa bawa balik sikit.

Kalau ada lembu terlepas nanti dekat kampung tu, ayang tak payahlah susah-susah pergi kejar lembu tu pula. Biarkan sahaja. Nanti bila abang balik kampung,abang tolong kejarkan. Bukan apa cuma takut lembu tu tanduk ayang nanti. Bukan setakat calar sahaja, silap-silap boleh masuk hospital. Kalau abang yang kena tanduk tu tak apalah asalkan bukan ayang.

Jaga anak-anak tu baik-baik. Jangan bagi diorang main dekat sungai musim-musim banjir ni. Nak dapatt anak bukan senang. Takut nanti ayang mengidam lagi pizza jepun. Lagi haru.

Ayang pun jaga diri baik-baik. Jangan sampai jatuh longkang lagi. Abang memang tak nak ketawa masa tu tapi nak buat macam mana sebab ayang jatuh kepala dulu yang masuk longkang. Dah lah rambut ayang masa tu baru lepas rebonding. Memang abang ketawalah.

Love,
Abang .