hit counter dreamweaver

Monday, August 9, 2010

RM2.50 SEMINGGU




Gua tak sabar-sabar nak juga tau apa nasib Dewa Durjana, bapa kepada Harimau Hitam. Itu hari dia lawan dengan Ratu Seribu Tahun tak setel-setel lagi. Ada pulak campur tangan dari pihak Tebuan Kuning dan Biawak Hijau. Dengar kata Naga Merah dah nak berbaik-baik dengan Harimau Hitam selepas pertarungannya dengan Terminator 2 berkeputusankan seri akibat dari campur tangan Presiden Willian Gates. Walaupun terpaksa menggunakan hikmat loceng emas badan titanium peringkat tertinggi, kuasa ais angkasa Presiden lebih jauh sekali mendahului. Reyer gua syak bakal jadi pak sanggup pada anak dalam kandungan Phoenix. Kuasa bebola uraniumnya juga sudah semakin menginjak lebih padu. Ada khabar angin gua dengar Raja Angkasa bakal datang ke bumi bagi menawan seluruh penduduknya. Apa nasib Istana Tergantung dan juga Pulau Infiniti. Apa pulak respon dari Encik Otot, Pelawak Tulang, Jarum Gila dan awek cun bernama Dara Angkasa.


- 02 April 1998

No comments:

Post a Comment