hit counter dreamweaver

Monday, May 6, 2013

Elektronik

"Kau taknak ke berhenti merokok ni, Mustaffa? Rosak badan tu", soal Zakuan sambil mencekak pinggang. Rokok elektronik yang dibelinya minggu lepas disip sikit demi sedikit.
"Malas lah aku. Belum sampai masanya", jawab Mustaffa ringkas.
"Sekarang ni kan dah ada rokok elektronik. Boleh saja kalau perokok macam kau, macam aku ni nak berhenti. Lagipun kalau nak dibandingkan dengan harga, mahal lagi modal hisap rokok biasa tu", Zakuan membebel bukan-bukan serupa orang kerajaan.
Klepuk!
Meja kayu buatan tangan abah Zakuan itu ditendang Mustaffa. Sebelah kaki meja patah, manakala tiga lagi cedera ringan.
Zakuan terus jadi terperanjat. Kemarahan Mustaffa itu tiba-tiba sahaja. Tidak pernah sekali pun dia lihat Mustaffa meradang sebegitu garang. Zakuan buat-buat tunduk pandang semut. Tidak berani dia hendak bertentang mata dengan Mustaffa waktu itu. Dengus nafas Mustaffa yang jelas kedengaran mengecutkan perasaan Zakuan ketika itu.
"Kau tau aku ni rock kan?", Mustaffa soal Zakuan.
"Err..tau..tau..", jawab Zakuan terketar-ketar. Dah serupa apa.
"Kau pernah tengok brader ni hisap rokok elektronik?"



Wednesday, June 13, 2012

LIFE

Nak tau satu rahsia dak? Sebenarnya hidup ni simple saja. Kalau mengantuk - tidur
Kalau lapar - makan nasik
Kalau dahaga - minum air
Kalau busuk - mandi
Kalau boring - main
Kalau nak kaya - berusaha
Kalau nak selamat - berhati-hati
Kalau nak ramai kawan - peramah
Kalau nak masuk syurga - banyakkan suruhanNya
Kalau nak masuk neraka - banyakkan laranganNya


Yang engkau tak habis-habis nak life's suck tak tentu pasal ni dah kenapa?

Saturday, April 7, 2012

Review

Kerana pada masa sekarang yang mana rata-rata blogger masing-masing sudah mula mereview filem, mereview buku, aku sudah boleh kirakan ini sudah satu trend terkini. Apatah lagi, kebanjiran filem-filem dan buku-buku yang semakin power hari ke hari ini, memang sedap sangat jika dibuat review. Untuk tidak ketinggalan trend ini, aku juga mahu ikut mereview sesuatu. Masalahnya sekarang, semua filem, semua buku sudah direview, bahkan filem dan buku bangang sekalipun sudah direview. Jadi tinggal apa lagi untuk aku review?

Makan nasik lagi bagus.

Friday, March 30, 2012

2012

Mainstream itu apabila disebut Nirvana dia menjawab Kurt Cobain, apabila disebut Radiohead dia menjawab Creep, apabila disebut Metallica dia menjawab Enter Sandman, apabila disebut Linkin Park dia menjawab In The End, apabila disebut Black Metal dia menjawab Setan, apabila disebut Konsert dia menjawab Akademi Fantasia, apabila disebut Gig dia menjawab Mabuk, apabila disebut Zine dia menjawab Knowledge, apabila disebut Skinhead dia menjawab ACAB, apabila disebut Punk dia menjawab Rambut Pacak, apabila disebut Mawi dia menjawab Islamik dan apabila disebut Mogwai dia menjawab Apa tu?

Ok la ok la, asyik dengan muzik saja kan. Tukar benda lain pulak.

Mainstream itu apabila disebut Ceramah Agama dia menjawab Lawak, apabila disebut Kuala Lumpur dia menjawab Moden, apabila disebut Mencester Unaited dia menjawab Power, apabila disebut Teman Lelaki dia menjawab Suami, apabila disebut Politik dia menjawab Pembangkang, apabila disebut Ustaz dia menjawab Alim, apabila disebut Kereta dia menjawab Sport Rim, apabila disebut Dating dia menjawab Wayang, apabila disebut Liverpool dia menjawab Liverfool, apabila disebut Buku dia menjawab Skema, apabila disebut Isteri dia menjawab Malam Jumaat, apabila disebut Pipiyapong dia menjawab Kakaka, apabila disebut Cinta dia menjawab Itu Buta, apabila disebut Seni dia menjawab A. Samad Said, apabila disebut Babi dia menjawab Khinzir, apabila disebut Israel dia menjawab Orang Jahat, apabila disebut Islam dia menjawab Sembahyang, apabila disebut Satu dia menjawab Malaysia, apabila disebut Malaysia dia menjawab Boleh dan apabila disebut Blog dia menjawab Takda Kerja.

p/s : Apabila disebut Internet dia menjawab Fesbuk.

Tuesday, November 8, 2011

Sell-Off

Pada aku, generasi Facebook/Twitter sekarang adalah pencari perhatian dengan keinginan seperti kanak-kanak untuk mendapatkan maklum balas yang berterusan kepada kehidupan mereka. Mereka mencuba supaya diperhati dan dikagumi oleh orang lain setiap hari. Jikalau ianya begitu, bolehkah kita menganggap tujuh ratus lima puluh juta pengguna Fesbuk dan dua ratus juta pengguna Twiter adalah individu yang mencari perhatian? Individu yang obses dengan diri sendiri. Individu yang cuba sedaya upaya menonjolkan diri sendiri.

"Majoriti senyap pengguna yang sederhana yang boleh menggunakan ia hanya sebagai lanjutan kepada teknik-teknik komunikasi sebenar kehidupan mereka."
- Dr Adrian Budiman, UUM

"Para pengguna berat, yang menghabiskan lebih banyak masa online untuk bersosial, mungkin merasa kepuasan segera menerima maklum balas yang berterusan sebagai rangsangan ketagihan. Ini adalah orang-orang yang merasakan perlu untuk menjadi mini-selebriti dan melakukan perkara-perkara yang 'Facebook layak' "
- Profesor Greenfield.

"Satu-satunya cara mereka boleh menentukan dirinya sendiri oleh orang-orang yang mengetahui mereka dan mengakui apa yang mereka lakukan. Ia adalah mudah untuk membezakan selebriti mini tulen dari personaliti, aman dan damai hanya dengan apa yang mereka berkongsi dan pasca," katanya.
- Profesor Greenfield

"Jika semua orang mahu menjadi pemerhati yang eksklusif, maka akan tiada siapa untuk menonton"
- Dr Adrian Budiman, UUM

"Salah satu sebab mengapa orang lebih tertarik kepada bidang Facebook, adalah kerana mereka boleh menjadi sesiapa saja tanpa memikirkan impak kepada diri sendiri dan masa depan mereka."
- Julian Hopkins, Universiti Monash Kampus Sunway

"Terdapat pengguna yang mengenali banyak orang dalam kehidupan sebenar dan yang diterjemahkan kepada rangkaian media sosial mereka, tetapi mereka sukar berkongsi apa-apa secara peribadi. Dan sudah tentu ada orang-orang yang mengambil setiap peluang untuk memperlihatkan kecekapannya termasuk oversharing dan mahu menjadi dilihat dalam cara tertentu."
- Edina Dizdarevic, pengguna tegar fesbuk

"Sebagai contoh, jika seseorang mengepos status 'Saya yang unik', maka mereka mahu membuat orang lain melihat mereka dengan cara itu"
- perunding perhubungan awam dan komunikasi

"Isu yang lebih serius dengan rangkaian sosial ini adalah ianya mengenai orang-orang menjadi sia-sia dan mempunyai krisis identiti. Apa yang berbahaya ialah kecenderungan untuk membina versi maya diri mereka sendiri dengan meniru manusia lain di sekeliling mereka yang kelihatan bagus di mata mereka.
- Dr Adrian Budiman, UUM

"Ini bermakna bahawa apabila manusia mula tidak memahami realiti dalam menyelami diri mereka dan cuba menjadi orang lain, mereka sudah mula hilang fokus apa yang penting dalam kehidupan"
- Profesor Greenfield

"Salah satu perkara paling malang dalam Facebook adalah ianya merosakkan dan mempamerkan perasaan dan juga individualiti yang tidak realistik"
- Syazriq Ghazali, Oxford

Friday, October 7, 2011

5 jelik

- blog yang ada muzik.
- sembang hal tivi kat fesbuk, Maharaja Lawak contohnya.
- bertekak hal bola sampai mencarut-carut.
- mengajuk dialog-dialog filem terkini.
- pertandingan pencarian.

Friday, September 30, 2011

kultur pang

Etika D.I.Y (Do It Yourself) merujuk kepada etika berdikari dengan melengkapkan tugas-tugas diri sendiri berbanding mengharapkan orang lain yang lebih berpengalaman untuk melengkapkan diri anda. Ia menggalakkan idea bahawa orang biasa boleh belajar melakukan yang lebih baik dalam perkara dia fikir adalah mustahil. Secara semula jadi, sikap DIY memerlukan pengikut yang mencapai pengetahuan yang diperlukan untuk menyelesaikan tugas yang diberikan. Tanpa ini, DIY bukanlah satu dogma yang berkesan. Istilah ini boleh merujuk kepada 'melakukan' apa-apa pun, termasuk peningkatan dan pembaikan, pertolongan dan usaha kreatif.

Kemuncak etika ini adalah dalam memperkasakan individu dan masyarakat dengan menggalakkan pekerjaan pendekatan alternatif apabila berhadapan dengan halangan-halangan birokrasi atau masyarakat dalam mencapai objektif mereka. Bukannya memperkecilkan atau menunjukkan penghinaan untuk pengetahuan atau kepakaran arus perdana, tetapi sejarah telah menunjukkan etika D.I.Y menjuarai purata individu dalam mencari dan kepakaran untuk diri sendiri. Daripada menggunakan perkhidmatan orang lain yang mempunyai kepakaran bertauliah, pengikut-pengikut DIY berorientasikan dalam mencari pengetahuan untuk dirinya sendiri.

Dalam cabang kebudayaan punk, etika DIY terikat dengan ideologi punk dan antikonsumerisme, yang membawa maksud sebagai penolakan keperluan untuk membeli barangan atau menggunakan sistem atau proses yang sedia ada. Aku ambil contoh dari segi muzik apabila boleh dikatakan sejak tahun 1970-an, band punk yang baru muncul mula merekod muzik mereka sendiri, menghasilkan album sendiri, mengagihkan kerja-kerja mereka sendiri dan memperkenalkan ruangan bawah tanah yang hanya dilakukan di rumah dan bukannya di tempat tradisional bagi tujuan mengelakkan tajaan korporat disamping bertujuan mendapatkan kebebasan dalam berprestasi.

Hari ini, berfesbuk juga perlulah mempunyai etika D.I.Y-nya yang tersendiri. Cara kita up status, cara kita tinggal komen, cara kita bahan orang, cara kita ayat makwe, semuanya ada cara dan gaya yang betul. Gaya dan ejaan bahasa yang kita gunakan juga perlu diambil berat tahu? Status macam mana boleh nak like, video macam mana boleh nak pos, gambar makwe macam mana boleh nak komen, page macam mana boleh nak join. Aku perati ramai kutu-kutu punk dah langgar etika, dah sell-off, dah tak original, dah bangfes, dah Showdown, dah Astro Warna. Semua dah jadi satu, dah jadi poser, dah jadi sama macam orang lain. Tiada lagi kekreatifan, tiada lagi warna, tiada lagi corak dan tiada langsung originaliti. Anger? Riot? Anarki? Chaos? Fight? Violen? Mayhem? Rebel? Freedom? Pride? Digniti? Celaka apa, dah lama benda-benda ni semua kena buang dalam tong sampah. Biasa la, aku paham. Dah dua ribu sebelas kan. Jangan sampai nanti terlike status sendiri sudah la ya, kawan-kawan.

“I'd rather be hated for who I am, than loved for who I am not.”

- Ket Kobin