Saturday, December 18, 2010

Tulang

Aku tercipta dengan sepasang tulang telinga yang boleh mendengar pada mana-mana arah sekalipun.


Aku tercipta dengan sebatang tulang hidung yang boleh bernafas dan juga menghidu semua bau.


Aku tercipta dengan sebatang tulang tengkuk yang dapat menyokong berat kepala aku.


Aku tercipta dengan sepasang tulang tangan lengkap dengan tulang lengan dan tulang jari jemari yang boleh memegang dan menolak.


Aku tercipta dengan sebatang tulang belakang yang kuat untuk mengawal berat badan aku.


Aku tercipta dengan sepasang tulang kaki lengkap dengan tulang peha,tulang betis dan tulang jari jemari bagi membolehkan aku berdiri dan bergerak.



..tapi kenapa kau pilih ‘tulang’ hatiku untuk dipatahkan?

No comments:

Post a Comment