hit counter dreamweaver

Monday, May 6, 2013

Elektronik

"Kau taknak ke berhenti merokok ni, Mustaffa? Rosak badan tu", soal Zakuan sambil mencekak pinggang. Rokok elektronik yang dibelinya minggu lepas disip sikit demi sedikit.
"Malas lah aku. Belum sampai masanya", jawab Mustaffa ringkas.
"Sekarang ni kan dah ada rokok elektronik. Boleh saja kalau perokok macam kau, macam aku ni nak berhenti. Lagipun kalau nak dibandingkan dengan harga, mahal lagi modal hisap rokok biasa tu", Zakuan membebel bukan-bukan serupa orang kerajaan.
Klepuk!
Meja kayu buatan tangan abah Zakuan itu ditendang Mustaffa. Sebelah kaki meja patah, manakala tiga lagi cedera ringan.
Zakuan terus jadi terperanjat. Kemarahan Mustaffa itu tiba-tiba sahaja. Tidak pernah sekali pun dia lihat Mustaffa meradang sebegitu garang. Zakuan buat-buat tunduk pandang semut. Tidak berani dia hendak bertentang mata dengan Mustaffa waktu itu. Dengus nafas Mustaffa yang jelas kedengaran mengecutkan perasaan Zakuan ketika itu.
"Kau tau aku ni rock kan?", Mustaffa soal Zakuan.
"Err..tau..tau..", jawab Zakuan terketar-ketar. Dah serupa apa.
"Kau pernah tengok brader ni hisap rokok elektronik?"



No comments:

Post a Comment