Sunday, January 2, 2011

NAK!

Manusia memang selalu hendakkan sesuatu dan akan sentiasa harap untuk dapat sesuatu.
keindahan ciptaan Tuhan yang Maha Esa kepada khalifah di bumi. Tiada makhluk-Nya selain manusia yang diciptakan dengan sifat sedemikian.



Orang miskin nak kaya,orang kaya nak kaya lagi .
Orang sakit nak sembuh,orang sihat nak sakit .
Orang bodoh nak pandai,orang pandai nak pandai-pandai .
Orang pendek nak tinggi,orang tinggi nak sasa .
Orang hodoh nak cantik,orang cantik nak menawan .
Orang kurus nak berisi,orang gemuk nak kurus .
Orang hitam nak putih,orang putih nak merah .
Orang jahat nak menang,orang baik nak jadi hero .
Orang bujang nak kahwin,orang kahwin nak bujang .
Orang tiada kerja nak kerja,orang bekerja nak cuti .
Orang swasta nak keja gomen,orang gomen nak naik gaji .
Orang nak nak orang,orang-orang nak orang-orang-orang .
Aku nak___________,__________nak___________ .

Satu yang aku pasti,semua orang tak nak mati .
*Pembunuh diri bukan nak mati,dia nak perhatian .



Bukan semua yang kita nak kita dapat dan bukan semua yang kita dapat kita nak .

No comments:

Post a Comment