hit counter dreamweaver

Saturday, November 6, 2010

10 bebudak paling geli abad ini

1.Bebudak salam 1 malaysia
-serius aku tak boleh terima ungkapan ni.Apa maksud dia pun aku tak tau.Apa neraka jumpa orang cakap benda ni.Sampaikan kat dalam tv,radio asal nak mula tugas mesti cakap benda yang sama.patriotik sangat ke bila cakap macam tu?Gua tak pernah jumpa negara lain cakap salam 1indonesia,good 1america,ohaiyo ichinihonggo.Memang negara aku sangat patetik.Boleh sapa-sapa bagitau aku macam mana kita nak jawab bila orang ucap salam 1malaysia kat kita?


2.Bebudak fesbuk
-Ni satu lagi kes sengal.Semua benda dia nak bagitau orang.Apa dia makan,apa dia tengah buat,apa bos dia marah,apa dia tanam,pukul berapa dia nak balik kerja.Yang lagi sadis jenis yang asyik cakap dia cinta gila-gila kat awek/balak dia setiap 2 minit.Tau la lu ada pasangan.Ada juga jenis luah perasaan sedih ke,tak puas hati ke untuk tagih simpati orang ramai.Tiap-tiap hari repeat benda yang sama.Yang aku heran ada juga malaun nak respon balik.Ada yang buat-buat simpati,ada yang bagi nasihat,ada yang ‘like this’.Hentikan le buat benda camtu.Serius nampak huduh dan buruk untuk budak yang dah berumur 20 tahun ke atas.Dari pemerhatian aku kebanyakan yang buat benda gamprang ni adalah yang jenis online 24jam takpun online guna pc pejabat.


3.Bebudak yang nyamar jadi alim
-Aku tau dunia ni dah tak lama tapi tak perlu la nak nasihat orang kalau diri sendiri pun tak berapa betul.Baik guna ilmu yang seciput tu untuk kebaikan diri sendiri.Setakat ulang cakap benda yang sama,adik tiri aku pun boleh.Aku tau la aku ni setan juga kadang-kadang tapi setakat nak tunjuk pandai dalam hal islamik ni baik tak payah.Ustaz lu tak ajar apa itu keikhlasan?Kalau ada salah tegur,ni takda buat apa-apa pun tiba-tiba kena sound.Pastu tarik topik black metal,sejadah berdiri,pokok berwajah.Lepas dah abis bagi ceramah boleh lak dia dok ngumpat-ngumpat,dok carut-carut kat gambar orang lain.Lu tau apa itu maksud munafik?


4.Bebudak indie terutamanya hardcore
-Setakat ada rambut macam noh,sam,ketkoben,tomok,faizal tahir(sekadar beberapa nama) tak payah la nak tunjuk bagus depan orang ramai.Tunjuk lu ada band,tau tulis lagu jiwang,pakai tshirt Mak saya Indie,mak awak Hindi.Hoodie Topshop jingga sambil berskinny hijau,berkacamata bingkai merah disusuli kasut Everlast kuning.Usung awek cun berambutemoberleggingbermulutitik ke gig.Macam gua tak tau je lu dulu shuffler.Untuk budak HC pula,lu tak perlu la 24 jam nak pakai tshirt mengerutu,design tengkorak warna warni bersaiz gergasi sebagai bukti seorang hardcore yang beretika.Aku tak pernah tengok Ian pakai baju macam tu pun.Apa?lu tak kenal siapa Ian MacKaye tu?


5.Bebudak juruhebah radio
-Aku tak tujukan pada semua tapi segelintir yang berkenaan teristimewa kepada stesen radio yang kononnya tak main lagu dari luar.Cakap macam celaka.Merepek bukan-bukan sambil syok sendiri.Pilih lagu pun ikut trend semasa.Dah tu tak abis-abis nak buat ‘trademark’ tersendiri.Lu nak buat kerja ke nak jadi terkenal?Cukup la dengan lambakan sampah realiti tv yang dah ada sekarang ni.Sekarang puak ni pun dah berebut-rebut nak jadi selebriti.Orang bayar gaji untuk suara lu bukan muka lu.Sila lebih peka dengan situasi ni.Sudah la iklan lagi banyak dari lagu.


6.Bebudak wartawan
-Setakat nak buat orang stim baca ‘berita’ lucah dalam akhbar,baik orang download kat redtube.Lebih bervariasi dan bersari.Orang beli akhbar pasal nak tau perkembangan dalam dan luar negeri,politik,jenayah,peluang kerja,saham,sukan,intisari rancangan,nombor ekor,cerita apa kat panggung bukan nak baca cerita haruan rogol siakap,teman laki rogol sambil rakam guna henfon nokia 3310,kambing beramai-ramai rogol pelancong asing dari Australia,Kasim terogol dirinya sendiri ketika sedang tidur(sekadar beberapa tajuk muka depan).Tapi heran juga tengok tagline dia ‘akhbar no 1 di 1malaysia’.Untuk wartawan majalah kecik,lu lebih true kalau tulis cerita hantu susu di Temerloh,toyol di Baling,mak lampir di Pontian.Tak banyak nak kena study.Lu boleh kencing apa saja.Tak ada orang nak bantah pun.Punya bangang pergi tulis Iron Maiden dan My Chemical Romance tu band black metal,kebanyakan influence band Skinhead kat 1malaysia ni adalah Daughtry dan Manbai,Second Combat sebarkan ajaran sesat dengan berzikir suara iblis sebelum memulakan persembahan.Buat kena gelak saja.Pada wartawan hiburan pulak,lu memang pondan homoseksual sampai bila-bila.

7.bebudak MLM
-Asal jumpa mesti nak buat muka orang berada,mulut sentiasa manis dan tersenyum.Lepak nak tempat yang berwi-fi je sambil tunjuk video bukti kekayaan yang melimpah ruah.Apa gua peduli bila lu tunjuk video R34,350z,z4 dok tersidai tersusun banyak-banyak tepi jalan.Setakat guna modal yang sama sejak 20 tahun dulu baik hentikan la leman.Setakat ni aku tak pernah jumpa lagi bebudak MLM yang pernah datang kat aku dulu datang jumpa tunjuk hasil pulangan modal yang dia labur dulu.Yang datang meminjam ramai la.Kalau lu kaya sangat,sedekah la 7,8 ribu kat setiap masjid di Malaysia ni.Baru gua percaya.Yang pasti hari perjumpaan,mesti suruh kita order apa saja.Siap ofer belanja makan lagi.

8.Bebudak DSLR
-Lagi gabak kamera tergantung kat tengkuk,lagi true fotografer.Ada yang sanggup tak makan selama 6 bulan semata-mata nak ikut trend semasa.Walaupun kadang-kadang bukan semua fungsi kamera tu dia tau.Guna kamera canggih tu untuk amik gambar awek dia tengah makan,ambik gambar dia sendiri dari angle atas atau juga dikenali sebagai posisi myspace(bagi nampak hidung mancung dan berdada montok) takpun dalam tandas/bilik persalinan pusat membeli belah depan cermin.Ada gak buat amik gambar dengan pasangan masing-masing sambil berlaga pipi dan bakal diupload ke fesbuk untuk di tag.Yang aku heran kebanyakan gambar dia mesti akan ada DSLR tergantung kat tengkuk.Takkan lu cukup mewah untuk beli 2 buah dslr kot.

9.Bebudak sekolah
-Tarik telinga sikit silap haribulan cikgu tu makan penampar.Tu belum sebat bontot depan perhimpunan lagi.Boleh kena saman 3 juta tak pasal-pasal.Dah tu pergi sekolah nak nampak mewah dan berjenama.Kasut kalau boleh nak yang jenis tapak licin.Senang nak shuffle bila cikgu masuk kelas lewat.Rambut mesti nampak stylo.Kalau boleh kasi karat lagi ramai orang respek.Yang tak mampu tu sekadar beli gel rm5 buat rambut super saiya.Beg sekolah nak ikut kawan-kawan.Lagi banyak warna lagi dia berkenan.Indie katanya.Lawa kat mana gua pun tak tau.Macam lahanat.

10.Bebudak rempit
-Duit semua abis bikin motor.Korek block,tebuk paip,tukar karburetor,kepak handle,buang cermin sisi,lekat sticker orang asli amerika dan pekida kat motor.Asal malam minggu mesti tunjuk hero depan polis.Sekarang ni dah pandai meragut dan curi motor pulak.Mungkin pasal tak ada duit nak bikin motor takpun tak ada duit nak beli ganja.Pengarah pilem pun rajin buat filem puak ni atas dasar pengajaran dan keinsafan.Gua nak tanya bekas mekanik spanar jaya dan usop aslam jr.Berapa ribu mat sempit yang keluar panggung bertukar insaf terus bawa motor 50km/j dan berenti di lampu merah.Yang aku tau balik siap berlumba ramai-ramai lagi sambil mengajuk dialog-dialog bodoh filem tadi yang dirasakan oleh mereka sangat stylo,kreatif dan urban.kesian Pak Mat balik kerja kena tahan sekatan jalan raya pasal polis syak dia mat rempit.



Maaf 1malaysia,hamba ter-emosi pulak.

No comments:

Post a Comment