hit counter dreamweaver

Friday, November 5, 2010

Membesar bersama mereka

5-8 tahun


Ultraman


Aku tersangatlah obses dengan ultraman dari suria baja hitam,space cop gaban, flashman, maskman, cybercop, power rangers.Faktor utama adalah kerana ultraman lebih besar dari KLCC dan boleh terbang.Lagipun penciptaan ultraman nampak lebih realistik disamping rekaan sut yang garang lagi kacak.Ultraman pertama aku kenal bernama Ace(tiada pertalian darah dengan AC Mijal) diikuti oleh Taro,Seven,Jack.Jones,Astra,Leo,Great,Zoffy,Scott,Chuck.Kotak permainan aku dipenuhi oleh kaum kerabat pejuang ultra ni.Sampai setiap kali bergambar mesti nak buat posing ultraman tengah fire resaksa.Sangat best dimainkan sambil berbaring.


Teenage mutant ninja turtle


Satu lagi makhluk khayalan yang aku obsess adalah ninja turtle dan watak kegemaran aku adalah Leonardo.Dia seorang ninja penyu berasaskan 2 batang katana.Memiliki fikiran tajam,cekap bermain pedang dan ketua bagi adik-adiknya.Walaubagaimanapun ianya tidak mampu memenuhkan kotak permainan aku pasal harganya yang mahal dan tidak dijual secara cetak rompak di pasar malam.Pernah terdetik untuk mewarnakan badan aku warna hijau bagi membuktikan pada kawan-kawan yang aku seorang true ninja turtle.Permainan ni aku main waktu sedang mandi.2 jam dalam bilik air.Cowabunga!!


Lego


Permainan paling inteligen pernah dicipta manusia.Aku boleh leka bermain benda ni sehari suntuk tanpa mempedulikan waktu makan,waktu mandi,waktu berak dan waktu tidur.Selalunya ciptaan aku lebih terarah ke arah robot dimana kawan-kawan aku lebih suka ke arah kenderaan.Warnanya yang beraneka ragam menarik perhatian kanak-kanak sebaya aku untuk bermain ataupun masukkan dalam mulut.Kelemahan paling ketara adalah apabila ciptaan 3hari 2malam anda terjatuh ke atas lantai,berkecai dan berselerakan.Rasa macam nak lari laju-laju langgar dinding.


Contra


Sesiapa yang boleh jumpa aku cakap dia tak kenal apa tu Contra.Antara legasi permainan video paling terkemuka.Menjadi hobi aku bermain sampai lebam.Aku guna konsol Superboy dulu.Jenis yang kena masuk tape dari atas.Memang mengujakan melihat kebolehan dia membunuh beribu musuh menggunakan senapang yang takkan kehabisan peluru.Orang jahat paling aku tak suka adalah sharpshooter dan stage paling susah adalah dalam perut alien.Game ni lebih terasa kebestannya jika dimainkan secara partner.Sambil main boleh berebut bagi arahan pada partner masing-masing.Ada juga kawan-kawan aku suka mencarut bila mati kena tembak.


9-11 tahun


Tuju Kasut


Aku tak tau apa nama panggilan kat tempat lain tapi serius aku rasa nak demam kalau tak main permainan ni setiap petang.Cara permainannya yang sedikit taktikal dan boleh dimainkan secara multiplayer menambahkan lagi kerancakannya.Siapa yang tak tau atau tak pernah main,anda memang shuffler.Walaupun dimainkan dengan selipar,nama permainan ini lebih kacip dipanggil tuju kasut.Ada setengah tempat dimainkan dengan bola tapi aku lebih gemarkan selipar.Lebih Malaya dan sangat sedap untuk dibalingkan pada pihak lawan.Lagi-lagi selipar yang keras tapaknya.Memang pemuda berbaju putih akan menjadi sasaran utama.


Guli


Sapa tak tau apa itu guli,gua uppercut tengkuk dia.Selain faktor harga guli yang murah,permainannya juga menarik perhatian aku.Memang best bila dapat tayang kat kawan-kawan yang kita ada banyak guli.Aku simpan guli aku dalam bekas gula-gula.beraneka warna dan mengeluarkan bunyi yang mengilukan pihak lawan jika digoncang-goncang.


Tudung Tin


Ini satu lagi kes tajuk tersilap.Walaupun namanya tudung tin,permainannya adalah berasaskan tudung botol tidak kira botol coke ataupun mirinda.Dimainkan dengan 5 keping(apa penjodoh bilangan bagi tudung botol?).Aku malas nak cerita macam mana cara nak main.Try la google sendiri.Cuma jika sekali pandang mirip kepada permainan batu seremban versi yang lebih kejantanan.Keindahan permainan ini terletak pada trik-triknya yang unik lagi merbahaya pada jari-jari anda.


Bola Kertas


Fifa manager versi klasik.Antara permainan yang paling mendapat ulasan luas.Memerlukan sedikit kerajinan dan kesungguhan.Cara untuk main adalah dengan membuat player menggunakan kotak ataupun manila kad.Aku guna kotak koko krunch.Nak lagi best,setiap player dilukis jersi dan nama bagi setiap pemain.Tiang gol dibuat dari kulit buku sekolah dan bola dibuat dari kertas buku garis sekolah.Memerlukan kemahiran menepuk yang hebat.Kebanyakan gol dijaring dari luar kotak penalti.Juga terdapat mode trow in,own goal,heading,passing,penalty,hand fault.Serius genius sapa yang reka permainan ni.


12-13 tahun


Gasing


Menjadi kewajiban bagi setiap lelaki mempunyai sebiji gasing di dalam poket.Siapa takda kira pondan.Gasing aku warna biru tapi aku spray kaler hitam bagi nampak jahat.Ramai geng-geng aku dan aku tak suka guna gasing kayu pasal senang berkechai kalau kena pangkah.Gelanggang permainan adalah tanah lapang depan rumah.Memang fenomena waktu ni.Sampaikan orang tua pun datang tengok.Ada yang datang bagi semangat,ada yang datang buka cerita dia champion masa kecik.Sapa tah nak dengar.Gasing adalah antara permainan yang aku paling loser dari mana-mana permainan pernah aku main.


Pepsi Kola
Tak tau mana pengasas permainan ni dapat nama.Mungkin dia tengah mabuk pasal minum campuran pepsi dengan koka kola.Cara permainan pun ada unsur-unsur orang mabuk gak.Antara permainan paling 18seramganas pernah aku main.sememangnya bermotifkan keganasan luar biasa.Antara permainan paling mak aku anti pasal bila balik rumah,kasut sekolah mesti hitam.Ya,permainan ini lebih kacip dimainkan di waktu rehat ketika bersekolah.Kemenangan dicapai dengan menyingkirkan pemain lain melalui sepakan sulung ke kaki pihak lawan.Tiada kad kuning atau merah disediakan.Faktor ini telah mendorong untuk berlaku pergaduhan diluar permainan.Antara permainan yang aku paling selalu kalah teruk.


14-16 tahun


Papan Luncur
Kebanyakan budak hardcore atau punk akan bermain skateboard zaman ini.Antara permainan yang paling susah pernah aku main.Perlukan latihan yang bagai nak gila disamping gangguan dari orang awam.Faktor kewangan dan kesakitan menyebabkan perjalanan karier aku terhenti di tengah jalan.Kelebihan permainan ini adalah menjadi perhatian awek-awek cun berbanding ketika bermain gasing suatu ketika dulu.Jangan suruh aku buat ollie waktu sekarang,serius aku akan nampak manusia bodoh kerana jatuh tergolek dalam keadaan yang memalukan.


19 tahun - sekarang


Playstation

No comments:

Post a Comment