Monday, November 1, 2010

Jangan dengar lagu setan




Wargh..preghh..wekk..bwart…yearghhhhh………


Kedengaran keras suara vokalis sebuah kumpulan muzik dari barat seiring dengan alunan bunyian keras hasil janaan gitar dan dram. Bunyi papan kekunci juga menyelit pada sesetengah part. Bunyi biola menambahkan lagi aura setan. Aku dari tadi dok terhangguk-hangguk sambil tangan mengetuk-ngetuk paha.


“ Elok sangat la dengar lagu-lagu camtu. Tak beri manfaat langsung dekat kau. Buat tambah dosa lagi ada la. Apa salahnya dengar lagu Siti ke, Rabbani ke, Wali band ke. Boleh dengar sepatah-sepatah apa dia sebut. Muzik pun sedap. Ni apa benda dia sebut pun kau tak tau. Dah tu bukan reti nak rendahkan volume tu kalau dengar. Kumpulan apa hang dengar ni. Mesti lirik dok kutuk-kutuk Islam takpun dok puja-puja setan. Apa tajuk lagu ni? “


Gerimis Mengundang, makcik..”

No comments:

Post a Comment