Sunday, February 13, 2011

Hantu Kak Limah Balik Rumah bukan cerita hantu

Pada pandangan aku filem Hantu Kak Limah Balik Rumah adalah sebuah filem cinta paling jujur dalam industri perfileman malaysia. Cinta yang tak kesampaian dan makna sebenar sebuah percintaan.



Ianya adalah berkaitan Husin dan Che' Nin. Satu plot tentang perjalanan cinta Husin dan Che' Nin hingga ke akhir. Yang selebihnya adalah sebagai pelengkap sebuah cerita.



Tiada bajet berpuluh juta.

Tiada babak berahi.

Tiada computer generated image.

Tiada letupan atau senjata.

Tiada superhero melawan raksasa.



Cinta memerlukan pengorbanan. Pengorbanan cinta Husin adalah dengan meninggalkan kekasihnya demi mengejar satu kehormatan. Pengorbanan cinta Che' Nin pula adalah dengan setia kepada Husin. Ini semua adalah erti sebenar kepada makna cinta itu.




Cinta tak semestinya bersatu.


p/s : Abang Mamat memang sarkastik. Kredit!

1 comment: