Friday, February 11, 2011

Letter To You Part I

Dear abang,

Ayang nak mintak kebenaran abang untuk bawa anak-anak balik ke kampung. Abang tak perlu hantar ayang sebab ayang mampu untuk bawa anak-anak ke kampung musim cuti sekolah ni dengan bas. Abang jagalah diri abang dan kereta abang baik-baik. Cuma ada perkara yang ingin ayang luahkan disini.


Kereta baru abang tu mahal. Harga mencecah 100k barangkali. Sebab tu abang sayangkan kereta abang lebih dari ayang. Sampaikan abang dah terlena dalam kereta abang tu sejak abang beli 3 bulan yang lalu dah masuk 3 malam. Abang sayangkan kereta abang lebih dari ayang! Nak tahu kenapa? Harga kereta abang tu lebih mahal dari wang hantaran yang ayah ayang letakkan masa kita kahwin dulu. Cuba hantaran ayang lebih mahal dari harga kereta abang?

Tiap-tiap pagi abang mesti gosok kereta abang, nak nampak berkilat tapi ayang nak dapat kiss good morning pun susah.

Sejak beli kereta tu,sebulan sekali macam-macam aksesori abang beli kat kereta, ayang nak dapat hadiah besday setahun sekali pun susah.
Kereta sebulan sekali abang servis, abang kata kena jaga maintainance. Ayang nak dapat pegi salon setahun sekali pun susah.

Kereta abang make up lawa-lawa tapi kalau ayang make up lawa-lawa abang kata ayang tak sedar diri. Kereta abang bagi makan minyak mahal-mahal. Cecah 100 setin pun ada, ayang nak makan pizza sekeping je masa mengidam anak kedua kita, abang kata ayang mengada-ngada.

Kereta abang kalau anak-anak sentuh sikit bodynya abang marah anak macam nak makan, ayang jatuh longkang besar boleh abang gelak.

Paling menyedihkan ayang tanya kenapa tidur dalam kereta? A
bang jawab takut orang curi kereta abang tapi kalau ayang kena curi?

Ayang nak balik kampung dulu. Anak-anak nak jumpa atuk dengan nenek mereka.
Takut nak naik kereta abang. Nanti calar. Ayang calar takpe.

Jaga diri elok-elok, sarapan ayang dah sediakan. Ayang pegi pon tak lama. Sekolah buka ayang balik lah dengan anak-anak.

ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU MASAKKAN MAKANAN KESUKAAN ABANG

ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU BASUHKAN PAKAIAN ABANG

ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU GOSOKAN KEMEJA ABANG

ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU SIAPKAN AIR MANDI ABANG

ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU KEMASKAN RUMAH ABANG

ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU URUT-URUT BADAN ABANG

ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU TEMANKAN ABANG TIDUR




Love,
Ayang

No comments:

Post a Comment