Sunday, February 13, 2011

Letter To You Part II

Dear Ayang,

Bukanlah abang sayang kereta tu lebih dari ayang tapi ayang kena faham yang kereta tu kereta bos abang. Nanti kalau hilang siapa nak ganti?

Ayang,
Abang suruh ayang kerja tapi ayang tak nak. Ayang kata nak dok rumah jaga anak-anak,nak siapkan sarapan,nak kemas rumah tapi ayang tiap-tiap hari bangun tidur jam 12 tengah hari. Macam mana nak buat kerja rumah?

Cubalah ayang fikir macammana abang tak tidur dalam kereta. Abang balik kerja lambat sikit je,ayang dah kunci pintu. Bukannya abang pegi berfoya-foya. Abang pergi kerja.

Lagi satu pasal piza yang ayang mengidam tu,ayang nak pizza yg di order dari jepun. Manalah abang ada duit nak order. Abang nak belikan apam balik yang jual dekat depan
office abang ni,ayang pula tak nak. Ayang nak juga pizza dr jepun. Nasib baiklah abang tak belikan,kalau tak comfirm anak kedua kita tu mesti muka macam doremon. Ish! tak naklah abang.

Pasal hadiah tu abang dah belikan tapi abang sembunyikan dekat dapur. Ayang yang tersalah buang sebab ingatkan sampah. Setiap kali abang suruh kemas rumah,ayang cakap rumah kita dah bersih tapi hadiah dengan sampah pun dah jadi serupa je. Hadiah tu mahal tahu abang belikan untuk ayang.

Sebenarnya abang sayang ayang lebih dari kereta tu walaupun hantaran masa kita kahwin cuma rm8k. Ayang tak tahu berapa kali abang turun naik bank nak buat loan rm8k? Tapi demi ayang abang buat juga.

Ayang,
Pasal morning kiss tu,ayang bangun pun dah tengah hari. Nak morning kiss macam mana?Dah lah ayang. Abang malas nak cerita tapi abang nak bagitahu juga dekat sini yang ayang tetap no.1 di dalam hati abang. Nanti kalau naik bas tu berhati-hati. Ayang nak balik kampung tu abang izinkan cuma jangan lupa kirim salam dekat mak ayah kat sana . Kalau ada gulai lemak ikan masin ke nanti jangan lupa bawa balik sikit.

Kalau ada lembu terlepas nanti dekat kampung tu, ayang tak payahlah susah-susah pergi kejar lembu tu pula. Biarkan sahaja. Nanti bila abang balik kampung,abang tolong kejarkan. Bukan apa cuma takut lembu tu tanduk ayang nanti. Bukan setakat calar sahaja, silap-silap boleh masuk hospital. Kalau abang yang kena tanduk tu tak apalah asalkan bukan ayang.

Jaga anak-anak tu baik-baik. Jangan bagi diorang main dekat sungai musim-musim banjir ni. Nak dapatt anak bukan senang. Takut nanti ayang mengidam lagi pizza jepun. Lagi haru.

Ayang pun jaga diri baik-baik. Jangan sampai jatuh longkang lagi. Abang memang tak nak ketawa masa tu tapi nak buat macam mana sebab ayang jatuh kepala dulu yang masuk longkang. Dah lah rambut ayang masa tu baru lepas rebonding. Memang abang ketawalah.

Love,
Abang .

No comments:

Post a Comment