hit counter dreamweaver

Monday, March 29, 2010

LIKE A SAD SONG


Hujan lebat turun dengan mencurah-curahnya pada malam semalam. 2 org rakanku telah datang ke rumahku dengan niat ingin mempelajari cara bermain gitar dariku.
Aku pon sanggup mengajar mereka berdua.
Alah!
Bukan susah pon. Cuma memerlukan tahap kesabaran yang tinggi.
Mereka berdua betul-betul menunjukkan sikap ingin belajar bermain gitar dengan bersungguh-sungguh.
Aku kagum dengan mereka berdua.

Sesudah sahaja selesai sessi pembelajaran gitar. Mereka berdua mengajak aku ke cybercafe yang berhampiran dengan rumahku dengan tujuan ingin aku mengajar mereka bagaimana untuk mendownload mp3.
Aku bukan seorang yang kedekut ilmu. Apa jua ilmu atau kemahiran yang aku ada. Akanku kongsi bersama mereka-mereka yang memerlukan bantuan aku.

Di dalam kepekatan malam dan juga hujan yang masih belum berhenti, kami bertiga redah jua.

Kami mengambil masa lebih kurang 10 minit untuk sampai ke cybercafe tersebut.

Kelihatan tidak begitu ramai orang yang berkunjung ke cybercafe tersebut kerana cuaca yang agak muram pada ketika itu.
Ia amat memudahkan kami bertiga.

Kami duduk berhampiran sahaja kerana ia akan memudahkan aku untuk memberikan tunjuk ajar kepada mereka berdua.

Setelah selesai aku memberikan tunjuk ajar kepada mereka bagaimana untuk mendownload mp3, aku pon cuba mencari perisian-perisian komputer yang mungkin berguna untuk computer aku di rumah.

Aku pon terus melayari satu laman web yang aku biasa gunakan.
Begitu banyak perisian-perisian yang aku jumpa yang pada masa itu aku fikir ia betul-betul amat berguna untuk komputerku.

Aku pon cuba untuk mendownload perisian-perisian tersebut lalu aku biarkan sebentar.

Tanpa buang masa lagi, aku pon terus login ke windows live messenger aku.
Kelihatan ID si Dia online. Aku pon terus nudge si Dia.

Si Dia bertanyakan kepadaku.

"eh.u on gne ape ni?"

Aku pon menjawab kembali.

"i on gne pc la.npe?"

Si Dia menjawab.

"xde ppe.tnye je".


Kami terus berbual dan kemudiannya aku sedar bahawa perisian yang aku download tadi begitu lembap dan lambat.

ARRRGGHHH !

lembapnya streamyx ni. 2.21kb/sec ? Apa ini? Rancangan wakenabeb ke?

Aku pon terus membatalkan niat aku untuk mendownload perisian tersebut.

Tiba-tiba aku terpandang pada 1 folder yang berada di dekstop komputer cybercafe tersebut.

1 folder yang bertulis movies.

Lantas aku click pada folder tersebut. Di dalam folder tersebut aku lihat ada banyak lagi sub-sub folder yang lain.

Aku tertarik pada folder English Movies.

Aku pon click dan aku lihat begitu banyak sekali movie-movie yang ada di dalam file tersebut.

Tanpa membuang masa aku pon terus memilih movie-movie yang berkenan di hatiku dan membuat salinan ke dalam externak hard disc aku.

Setelah selesai aku membuat salinan movie-movie tadi, aku beralih ke folder song pula.

Terdapat 1 nama artis perempuan yang belum pernah aku dengar.

SUE ALLEN.

Aku cuba memainkan dulu lagu beliau di dalam computer tersebut. Lagu yang agak catchy dan menarik.

Lantas aku pon terus membuat salinan ke dalam external hard disc aku.

Aku menceritakan kepada si Dia mengenai artis yang bergelar Sue Allen.
Si Dia cuba untuk mencari video artis tersebut di youtube tapi sayangnya tidak dijumpai.
Tiada langsung video dari artis ini.

Kemudian salah seorang dari rakanku td ingin pulang ke rumah.
Tanpa membuang masa, kami pon beredar dari cybercafe tersebut.

Lebih kurang 1 jam 20 minit aku menghabiskan masa aku di cybercafe tersebut.

Aku lepak di kaki lima cybercafe tersebut untuk menghisap rokok sebentar.

Hujan masih lagi belum berhenti tetapi tidak selebat sewaktu kami bertiga sedang menuju ke cybercafe td.
Hujan turun renyai-renyai.

Aku tidak banyak bercakap dengan rakan-rakanku tersebut.

Di dalam fikiran aku adalah ingin cepat sampai ke rumah supaya aku dapat menyambung perbualanku dengan si Dia semula.

Aku tidak suka untuk membiarkan Si Dia menunggu aku lama-lama di windows live messenger.

Setelah sudah selesai aku menghabiskan rokokku, kami bertiga menuju pulang ke rumah.

Aku berjalan keseorangan menuju ke rumah di dalam keadaan hujan renyai-renyai.

Aku mengambil masa 10 minit untuk sampai ke rumah.

Setelah sampai sahaja di rumah, Aku pon membuka computerku dan menyambungkan external hard discku ke cpu komputerku.
Aku cuba memainkan semula movie-movie yang telah aku ambil dari cybercafe tersebut satu demi satu.
Alangkah terkejutnya aku apabila semua movie-movie yang aku ambil tadi tidak boleh dimainkan kerana aku tercopy desktop punya shorcut.

OH MY GOD !

Kaku aku sebentar sambil menepuk dahiku sambil bertanyakan satu soalan pada diriku.


"Kenapa aku tidak perasan langsung yang aku tersalah ambil file-file tersebut?"

ARRRGHHH ! Aku tekanan. Aku punya lah seronok tak terhingga tadi sebab ingatkan dapat menonton movie-movie tersebut apabila sampai sahaja di rumah tp sayangnya......

Aku pon menceritakan pada Si Dia dan Si Dia mentertawakan aku.

Perbualan kami tidak lama kerana Si Dia begitu penat kerana terpaksa menemani ayah Si Dia yang telah dimasukkan ke hospital.

Si Dia meminta izinku untuk tidur kerana begitu penat setelah seharian berada di hospital.

Aku begitu bersimpati atas apa yang telah menimpa keluarga Si Dia.

Kami mengakhiri perbualan kami.


Aku mengambil air sembahyang dan kemudiannya menunaikan solat hajat.

Aku bersujud, berdoa serta memohon keampunan dari yang Maha Esa.

"Ya Allah, kau ampunkan lah dosa-dosa aku serta Si Dia.
Aku memohon pada-Mu agar memberikan kekuatan kepada Si Dia untuk terus mengharungi hidupnya.
Ya Allah, aku memohon pada-Mu agar menyembuhkan ayah Si Dia."

AMIN.

No comments:

Post a Comment