hit counter dreamweaver

Wednesday, March 31, 2010

E M O T I O N S I C K N E S S


Masa aku untuk berkarya sudah tiba. Semenjak kebelakangan ini, hujan turun setiap hari. Adakalanya lebat , adakalanya renyai-renyai.
Situasi begini boleh menggambarkan tentang kehidupan aku. Ada masanya okay, ada masanya tidak. Namum semua itu adalah dugaan yang datang dari Yang Maha Esa.
Aku hanya mampu berserah dan bertawakal.

Hari ni merupakan hari yang paling memenatkan diriku. Bermacam-macam penyakit datang padaku pada hari ini.
Bermula dengan sakit kepala kemudian disudahi dengan kesakitan di dadaku. Kesenakkan yang begitu melampau.
Tulang rusukku pula begitu sakit sewaktu aku sedang cuba untuk menggerak-gerakkan badanku.

ARRGHH !

Bagiku ini semua dugaan !

Sudah 2 hari aku kurang bercakap dengan Si Dia. Aku berasa begitu sunyi. Aku tidak pasti sama ada Si Dia pon akan merasakan apa yang ku rasakan ini.

Windows live messenger pula asyik memberikanku masalah untuk login. Makin tekanan aku dibuatnya.
Lantas aku menlogin facebookku. Si Dia menegurkan dengan bertanyakan sama ada aku online atau tidak.
Aku membalas kembali wall Si Dia dengan mengatakan bahawa aku baru sahaja online.

Aku hanya bermain permainan bodoh-bodohan di facebook.
Facebook semakin hari semakin membosankan. Hanya Si Dia sahaja yang dapat menjadikan facebook itu tidak bosan untuk aku.

Ayah Si Dia semakin beransur pulih. Alhamdulillah :)
Semoga tuhan panjangkan umur ayah Si Dia.

Tiba-tiba satu kejadian yang tak ku duga telah terjadi. Si Dia telah membatalkan status relationship ku dengan Si Dia di facebook.
Alangkah terkejut sungguh aku dengan tindakan Si Dia.

"Jangan risau sayang. I always love you.
You're the best for me."



P/S : I LOVE YOU SYARIFFAH ATHIRAH :)

No comments:

Post a Comment