Monday, October 18, 2010

Filem cinta saya



Aku baru selesai menonton filem ni buat kali yang ke-63. Masih tetap yang terbaik dan tetap yang teromantis pada kelasnya. Bagi aku, tiada filem lagi yang dapat menggugat dia punya krebiliti dan kreativiti. Baling jauh-jauh filem bodoh Titanik, filem cirit Twailaik, filem sampah Haiskul Muzikal, apatah lagi filem bengong Sembilu.

Selain rekacipta karekter Edward yang gelap, jalan cerita dan idea, setiap dialog di dalam filem ni meninggalkan kesan yang parah kepada aku. Sampai sekarang aku masih ingat semua dialog-dialog ni. Walaupun tiada lambakan adegan cumbuan, pelukan, asmaraan, elemen-elemen keindahan di dalam sesebuah percintaan itu tetap sampai pada aku. Cilakak punya Razak Mohaideen Tim Burton. Mana lu dapat idea buat cerita cenggini punya dasyat?

Kepada pasangan-pasangan yang sedang bercinta, bakal bercinta, telah bercinta, moral dari filem ini adalah, kata-kata dan perbuatan yang romantis bukanlah penjamin sesebuah hubungan yang bahagia. Edward tidak mengucapkan langsung perkataan ‘love’ dalam filem ini walaupun pada hakikatnya dia sangat mencintai kekasihnya. Apa yang lebih penting, cuba dalami hati masing-masing, fahami setiap isi tersirat di sebalik kata-kata dan tindak-tanduk pasangan anda. Seperti kesemua perilaku dan kata-kata Edward kepada buah hati pengarang jantungnya, Kim Boggs. Dan berfikirlah secara bijak kenapa mereka tidak bersama pada akhir cerita walaupun masing-masing saling cinta mencintai.


I am not 'COMPLETE'



Sebahagian dialog-dialog yang sempat gua ingat..

No comments:

Post a Comment