hit counter dreamweaver

Thursday, October 28, 2010

Americunt, kadang-kadang kau patut belajar juga.






Selepas kehampehan Dragon Ball Evolution dan juga kecelakaan Astro Boy, aku ada dengar-dengar percubaan orang putih nak bikin filem laiv eksyen Bleach. Naruto juga mungkin dalam perangkaan. Terus rasa nak terberak tak semena-mena. Aku dapat bayang macam mana kejinya Kurosaki Ichigo dan Uzumaki Naruto bermuka mat saleh ( kedua-dua mereka blonde )


Cukup la dengan kegagalan filem-filem adaptasi komik mereka sendiri. Tak perlu la nak rosakkan pula komik jepun. Daredevil, the Flash, Superman, Hulk, Spawn, Xmen, Watchmen, Punisher, adalah contoh terbaik kegagalan otak mereka-mereka ini untuk memvisualkan keindahan sesebuah komik. Mungkin sedikit kredit untuk laiv eksyen Batman, Spiderman, dan Ironman. Tu pun aku tengok Batman kian lama kian mengarut. Sut dah macam pasukan biohazard. Gua hanya dapat terima adaptasi The Crow.


Mereka mungkin pandai melukis tapi belum tahu cara menghasilkan laiv eksyen. Mereka patut tunduk dan belajar dengan orang Jepun. Keaslian sesuatu karekter, jalan cerita, dan disamping mengekalkan mood yang sama seperti ketika membaca adalah sangat penting dan perlu dititikberatkan. Ini belum masuk laiv eksyen dari permainan video lagi. Tengok saja la filem Street Fighter. Macam kerja budak tadika Kemas.


Walaumacammanagampangsekalipun orang putih buat filem hero, Cicak Man masih kekal berada di tangga paling bawah..




p/s : gua berani komfem Yusry KRU tak kenal Neon Genesis Evengelion atau paling koman Detroit Metal City. Shinosuke Nohara mungkin.

No comments:

Post a Comment