hit counter dreamweaver

Sunday, October 24, 2010

Apakah persamaan mereka-mereka ini?

Seorang pakcik berbaju kolar dalam lingkungan 50an sedang membetulkan rantai basikal tuanya manakala anaknya sedang makan ais krim..

Seorang peniaga kedai sedang memarahi seorang pelanggannya yang didapati ingin mencuri barang sambil ditenangkan orang ramai..

Seorang orang gila yang sedang berbaring di tengah jalan membaca surat khabar cina dan akan mencaruti setiap kenderaan yang menghonnya..

Seorang siswi sebuah IPT di selatan tanah air telah kesejukan akibat penghawa dingin bas dan sampai awal pagi ke kampungnya..

Seekor kucing yang melintas jalan tidak mahu pandang kiri kanan kiri telah selamat menghembuskan nafasnya yang terakhir di tempat kejadian..

Seorang pemuda telah bermesra dengan teman wanitanya yang gemuk di depan khalayak ramai sambil membuat muka kacak..

Seorang kakak yang telah berpuasa sunat seharian telah memberikan adiknya rm3 untuk makan malam..

Seorang pekerja pawagam swasta telah dikerah tenaganya untuk bekeja lebih masa melebihi norma-norma seorang manusia normal..

Seorang sXe telah menepikan prinsip hidupnya lalu kembali menghisap marlboro dan juga memesan nasi goreng ayam.

Seorang hantu telah menjasadkan dirinya pada webcam seorang penggila lensa yang baru mendapat cahaya mata..

Seorang pemuda telah menunggu kawannya selama 1 jam 30 minit lalu menghasilkan kerut-kerut di dahi disamping senyuman yang berat ke bawah..


Kesemua situasi ini berlaku dalam masa 24 jam

No comments:

Post a Comment