hit counter dreamweaver

Friday, October 15, 2010

Seni tandas awam ( bukan cerita pasal tahi )

Sudah menjadi lumrah seorang manusia membuang air besar dan air kecil ketika hidupnya. Sehari mungkin sekali, dua kali ataupun berkali-kali. Adalah tidak normal untuk tidak membuang langsung dalam masa sehari. Dan tersangatlah tidak normal jika tidak membuang selama seminggu.

Alasan tidak membuang kerana rumah kena potong air mungkin tidak dapat diterimapakai lagi pada zaman sekarang memandangkan lambakan tandas-tandas awam di sekeliling kita. Hatta stesen minyak sekalipun menyediakan perkhidmatan tandas awam.

Apa yang menarik sekali tentang tandas awam di sekeliling aku tentulah contengan-contengan dinding dan pintunya. Menjadi satu kewajipan bagi aku untuk meneliti setiap karya ini. Sementara menanti urusan selesai, ada baiknya kita menelaah hasilan kreatif anak muda Malaysia kan.
Dari pemantauan sepanjang hayat aku bergelar manusia, antara lukisan dan tulisan yang menjadi kegemaran dan pilihan rakyat Malaysia adalah :-

1) Nombor telefon awek-awek gersang, lelaki-lelaki gersang, ahlong, ubat kuat dan syarikat membaiki tandas. Contoh :-
a) baby Taman Tun 0126738916
b) nak hisap? Jay - 0195761369
c) nak mula bisnes tapi talak wang? Hubungi 0169432888
d) panjang, besar, keras dan tahan lama 0107348990
e) membaiki tandas, call Pakdin 0174845995
2) Ayat-ayat berbaur politik, perkauman dan carutcacimakian. Contohnya :-
a) Umno kafir! Makan duit rakyat!!
b) Pas jilat bontot orang cina!!
c) Cina babi, berak tak basuh!!
d) Melayu bodoh, malas keleja tapi mau kaya !!
e) Hindu paria hitam, bodo sembah lembu!!
f) butuh pak hang la ayaq tadak!!

3) Ayat-ayat kehebatan. Contohnya :-
a) Sham was here since 1999
b) Apache Sereng for life!!
c) Hidup orang melayu!!
d) Glory glory Man Unaited
e) Budak Kelantan still the best, hidup Amerikaa!!
f) Punk not dead!!

4) Lukisan-lukisan manusia berasmara, kemaluan manusia dan mat rempit tengah wheely.

5) Lukisan-lukisan melambangkan kumpulan muzik, parti politik, dan pasukan bola sepak.

Terhibur bukan?

Sebelum rakyat-rakyat Malaysia naik angin dan marahkan kenyataan aku di atas (orang Malaysia memang suka marah tak kena tempat dan tidak marah apabila tiba masanya), ingin aku jelaskan di sini yang mana budaya ni bukan sekadar di Malaysia sahaja, malahan turut melanda negara-negara lain.
Contohnya :-










Ya, cuma mungkin mereka dengan pendekatan yang lebih kreatif dan terhibur dari kita.

No comments:

Post a Comment