Tuesday, October 26, 2010

Pintu tak berkunci itu terkunci

Pada satu hari


Aku cuba buka pintu itu..
..tapi berkunci.
Aku tarik kasar dengan harapan pintu itu terbuka..
..tapi tenagaku tak cukup.
Aku cari kunci pintu itu..
..tapi kunci itu ada pada orang lain.



Pada satu hari yang lain..


Aku cuba buka pintu itu..
..tak berkunci.
Aku tolak lembut-lembut dengan harapan tak berbunyi..
..tenagaku cukup.
Aku cari kunci pintu itu..
..ada di lubang kunci.


Aku cuba tutup pintu itu..
..tapi tersekat.
Aku tolak kasar dengan harapan pintu itu tertutup..
..tapi tenagaku tak cukup.
Aku cari kunci pintu itu..
..tapi kunci pintu itu dah patah.

No comments:

Post a Comment