hit counter dreamweaver

Thursday, October 21, 2010

Pertarungan di pagi hari

Tezzzttt..tiu..tiu..Tezzzttt!!!

Mata aku terbuka sepet sebelah apabila telefon bimbit berpenggera aku berbunyi nyaring bercampur keji.sengaja aku setkan nada tu bagi cukup berkuasa mengejutkan aku pagi-pagi.awal lagi kot ni,sempat lagi nak mimpi apa yang tak sempat tadi.aku menekan pilihan snuz dan menutup kembali mata aku sambil tersenyum…

Tezzzttt..tiu..tiu..Tezzzttt!!!

Telefon bimbit berpenggera aku berbunyi kembali selepas 9 minit.kali ni tekanan aku lebih tertekan berbanding yang awal tadi.aku tekan lagi snuz dan menutup kembali mata sambil tidak tersenyum…

Tezzzttt..tiu..tiu..Tezzzttt!!!

9 minit kemudian sekali lagi kedengaran bunyian yang kian menyampahkan.tapi kali ni aku melawan,tak nak buka mata.aku nekadkan tekad aku sebulat pembentung.biar aku tak ditewaskan oleh mesin komunikasi ni.aku kuatkan kekuda dan buka langkah bunga silat..

Tezzzttt..tiu..tiu..Tezzzttt!!!

Dia melawan lagi.semakin kuat bunyi yang kedengaran.kali ni kedengaran lebih garang dan bengis.dia menyerang padu ke telinga aku.aku tepis dengan bantal,dia serang melalui bawah.aku tarik selimut buat hadang.dia serang ikut belakang,aku bagi back kick kat tulang sepultura dia.dia serang pula melalui atas,aku dengan selamba buat tandukan ala-ala bison.dia tak reti menyerah kalah,dia mula main kotor.bersiul panggil keluar geng.aku tenang menghadapi dan hanya tinggal hikmat terakhir aku yang mungkin dapat menghapuskan makhluk ni.aku kumpul cakra ke tangan aku dan keluarkan cahaya api dari tapak tangan.habis semua mayat-mayat bunyi tadi berkecai.aku tersenyum riak.baru dia tahu siapa yang berkuasa disini.aku menutup kembali mata sambil tersengih...

Jam 12:27 tengah hari..

Bodoh betul la henfon ni.semalam sebelum tidur gua dah set alarm pukul 8 kot..

No comments:

Post a Comment